Monday 13 January 2014

Tahniah SKKW Johan PPDa 2013

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua warga SKKW atas kejayaan selaku Johan Pertandingan Bilik Sumber PPDa peringkat Negeri Selangor tahun 2013. Surat hitam putih baru saja diterima melalui fax daripada JPN Selangor. Meskipun terharu dengan pencapaian tersebut, kami sangat bersyukur kerana penat lelah guru-guru, murid-murid, ibu bapa serta dengan kerjasama pihak komuniti sangat berbaloi dengan berita kejayaan yang sahih ini.
   Selaku wakil negeri Selangor, pertandingan peringkat kebangsaan pada bulan September 2014 bukan kerja mudah. Tanpa mengenepikan segala macam tugas dan tanggungjawab rutin sekolah yang memerlukan komitmen jitu, kerja-kerja PPDa juga perlu diberi prioriti. Semoga Allah permudahkan perjalanan kami dalam mengharungi onak duri menuju pertandingan tersebut. Hasrat kami adalah untuk menjadi Johan Kebangsaan sebagaimana SK Datuk Wan Kemara, Changlun, Kedah perolehi  tahun lepas (SKKW telah melawat sekolah tersebut tahun lepas). Jom guru-guru dan murid-murid : Kita Boleh!!! Semangat kita sangat tinggi. Kita akan membenci dadah buat selama-lamanya dan kita akan buktikan secara tulus ikhlas kepada panel penilai nanti.
 
Surat keramat dari JPS
Rumusan Skor tahun lepas perlu dipertahankan dan diperbaiki lagi untuk mendapat markah penuh semua item

No comments:

Post a Comment