Wednesday 29 January 2014

Mesyuarat AJK Induk 1

Terima kasih diucapkan kepada wakil-wakil AADK, Pejabat Kesihatan, Kastam Diraja Malaysia, Pengerusi Surau Al-Hijrah serta Naib Yang Dipertua PIBG kerana sudi hadir dalam Mesyuarat Induk PPDa SKKW kali pertama. Semoga hasil kerjasama di antara agensi-agensi luar dan NGO ini dapat menyebarluaskan maklumat dan hebahan bahaya dadah kepada anak-anak murid serta komuniti setempat. Wakil pihak polis, syarikat keselamatan dan pembersihan sekolah meskipun tidak dapat hadir namun telah bersetuju untuk memberikan kerjasama yang padu dalam meningkatkan program PPDa di sekolah. 
   Banyak program telah dirangka dalam mesyuarat tersebut dan persetujuan dicapai untuk meningkatkan usaha PPDa  di dalam dan di luar sekolah khususnya di Bilik Sumber PPDa...
 Selamat menjalin kerjasama yang intim demi kecemerlangan program PPDa sekolah kami

No comments:

Post a Comment