Sunday 19 February 2012

Lawatan Ke SKPA2

Seramai lebih kurang 40 orang guru SKKW telah mmengikuti lawatan ke SK Puncak Alam 2 yang dianjurkan oleh Kelab Guru dan Kakitangan SKKW.  Perjalanan kami bermula seawal 730 pagi dan telah disambut dengan   penuh mesra oleh warga SKPA2.


Kami diberi taklimat dan persembahan multimedia di Bilik Gerakan SKPA2 dan kemudian melawat kawasan persekitaran sekolah termasuk Bilik Sumber PPDA mereka. Sangat mempersonakan pemandangan di kawasan sekolah ini.  Setiap sudut & ruang, pasti ada sesuatu untuk dilihat dan dibaca.  Banyak yang kami pelajari hasil dari lawatan ini & semakin bersemangat untuk membuat penambahbaikan untuk tahun 2012 ini.


Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Guru Besar SKPA2, Tn. Hj. Muhammed Adzhar b. Hj. Alias dan semua warga SKPA2, yang sudi menerima kunjungan kami & berkongsi banyak maklumat terutamanya yang berkaitan dengan PPDA.  Sebelum pulang, kami sempat pergi membeli-belah di Sungai Besar & makan Mee Udang Banjir yang sangat sedap... Terbaikkk :)

Friday 3 February 2012

Taklimat PPDa 2012

Setelah dimaklumkan SK Kota Warisan berjaya mendapat tempat ke-4 dalam Pertandingan Bilik PPDa Peringkat Negeri Selangor 2011, tahun ini (2012) sekali lagi SKKW dicalonkan untuk mewakili daerah Sepang dalam pertandingan yang sama. Berita ini diterima dengan hati terbuka oleh seluruh warga sekolah. Insya Allah kita akan cuba sebaik mungkin untuk menyahut cabaran tersebut. Sesungguhnya pencalonan ini merupakan satu penghargaan dan penghormatan yang sangat bermakna buat kami. 
   Pada 2 Februari 2012, Guru Besar; Pn. Rohaidah binti Mohd Ali bersama En. Mohd. Rohaizat bin Ismail selaku Guru Bimbingan dan Kaunseling merangkap Setiausaha PPDa SKKW telah menghadiri taklimat pertandingan PPDa peringkat negeri di SMK Seri Serdang. SMK Seri Serdang telah dinobatkan sebagai Johan dalam Pertandingan Bilik PPDa Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan pada tahun lepas. Tahniah dan syabas buat Pengetua SMKSS - Pn. Faizah binti Yusof dan seluruh warga sekolah tersebut.
   Taklimat tersebut telah dihadiri oleh semua Pengetua / Guru Besar serta SU PPDa sekolah-sekolah seluruh Selangor yang akan mewakili daerah masing-masing dalam pertandingan Bilik / Sudut / Lorong PPDa peringkat negeri tahun ini. Agenda program termasuklah ucapan Pn. Faizah, persembahan video korporat SMKSS, ucapan Pegawai PPDa JPN Selangor, persembahan power point SMK Dusun Nanding, penerangan tentang dokumentasi dan sistem fail seterusnya lawatan ke Bilik Sumber dan stesen-stesen PPDa sekitar sekolah. Sesungguhnya perkongsian idea dan program penandaarasan ini telah memberi panduan dan gambaran yang sangat berharga kepada sekolah-sekolah yang terlibat. Masing-masing amat berpuas hati dan mendapat inspirasi untuk melakukan yang terbaik. 
   Dalam hal ini, kerjasama semua pihak sangat-sangat diperlukan bagi merealisasikan hasrat yang murni ini. Kejayaan memang manis tetapi ia memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Kita telah membuktikannya dan tidak mustahil kita ulanginya lagi buat tahun ini. Ayuh semua!!!
Laporan program taklimat klik di sini