Tentang PPDa



Sejarah PPDa Secara Umum

Pada 8hb Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah mengisytiharkan ”Dadah Musuh Utama Negara”.  Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah.

Sasaran utama program ini ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa. Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu Pengurusan dan Kepimpinan, Kokurikulum dan Pembentukan Sahsiah.



Visi

Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah Tahun 2015


Misi

Melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa ) yang mantap dan berkesan dalam mempastikan sekolah bebas dari dadah.



Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah

Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran ”Sekolah Bebas Dadah 2012”.


Fungsi
  • Pendidikan Pencegahan Awalan untuk rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV/Aids.
  • Pengurusan Program Intervensi untuk murid yang berisiko dan terlibat mencuba
    rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV-Aids.
  • Pengurusan Data, Penyelidikan, Dokumentasi dan Publisiti berkaitan PPDa.
  • Pengurusan Hubungan Luar


Rasional

Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada golongan remaja. Kejadian ini menjadi lebih genting disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini meyebabkan murid kita sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat. Menyedari hakikat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan Program Pencegahan Dadah di sekolah secara sistematik dan berkesan.