Kempen & Media

Dua sahabat berdepan hukuman gantung

11/10/2011 2:04pm

KOTA BHARU 11 Okt. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan dua remaja termasuk seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), membela diri atas tuduhan mengedar dadah jenis Methamphetamine sebanyak 2,000 biji bersamaan 23.11 gram pada Februari tahun lalu.
Hakim Azman Abdullah menetapkan 18 dan 19 Oktober ini untuk tertuduh, Mohd. Azlan Mat Nor dari Pasir Mas dan rakannya, Mohd. Hazlani Che Hussin dari Rantau Panjang, kedua-duanya berusia 19 tahun, membela diri atas pertuduhan tersebut setelah mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan kes itu.
"Selepas meneliti seluruh keterangan ke dua-dua belah pihak melalui saksi dan barang kes, pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh," katanya. - Utusan

Sumber daripada Utusan Malaysia Online

 

Penagih dadah mati dalam lokap mahkamah

KOTA BHARU 9 Okt. – Seorang penganggur disyaki penagih dadah dan dikatakan menghidap HIV, meninggal dunia secara mengejut di lokap mahkamah di sini hari ini selepas dua jam dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas dakwaan mengambil dadah.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 petang, ketika tertuduh, Rosli Yaacob, 43, yang ditahan reman sejak empat hari lalu, menunggu dalam lokap mahkamah bersama kira-kira 20 tahanan lain untuk dibawa ke Penjara Pengkalan Chepa dekat sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Idris Abd. Rafar ketika dihubungi mengesahkan penganggur itu meninggal dunia di lokap berkenaan.
“Kejadian tersebut disedari ketika anggota bertugas memanggil namanya untuk menaiki trak penjara, tertuduh yang dalam keadaan terbaring didapati sudah tidak sedarkan diri dan mereka menghubungi ambulans.
“Selepas disahkan meninggal dunia, jenazahnya dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut,” ujarnya.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh ditangkap pada Rabu lalu dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Perupok, Badang Jalan Pengkalan Chepa dan hasil ujian air kencing mendapati, dia positif mengambil dadah.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sumber daripada Utusan Malaysia Online
 

Dua ditahan kes edar dadah
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim
mohdiskandar@bharian.com.my
2011/10/05

GIAM menunjukkan dadah  dirampas  di sebuah rumah di Johor Bahru.
GIAM menunjukkan dadah dirampas di sebuah rumah di Johor Bahru.
Heroin, syabu, ecstacy, Eramin 5 dan ketamin ditemui di pangsapuri

JOHOR BAHRU: Tidak serik! Walaupun mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau termasuk mencabul kehormatan, dua lelaki diberkas polis selepas dipercayai menjadi dalang pengedaran pelbagai jenis dadah di sekitar Nusajaya sejak beberapa bulan lalu.
Hasil risikan serta maklumat orang ramai, suspek berusia 45 dan 43 tahun itu ditahan sepasukan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya dalam serbuan di sebuah unit pangsapuri dekat Bandar Selesa Jaya di sini, kira-kira jam 8.50 malam Jumaat lalu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor, Superintendan Giam Kar Hoong, berkata dalam serbuan itu, polis merampas pelbagai jenis dadah termasuk heroin, syabu, pil ecstacy, pil Eramin 5 dan ketamin bernilai RM57,150.

“Hasil maklumat yang diperoleh, pasukan kami menahan dua lelaki tempatan terbabit selepas pemeriksaan dalam sebuah bilik di rumah itu menemui pelbagai jenis dadah berselerakan di atas lantai.

“Antara dadah yang ditemui dan dirampas, heroin seberat 93.3 gram, syabu (64.10 gram), pil ecstasy (476 biji), ketamin (121.3 gram) dan Eramin 5 (13 biji), " katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, semalam.

Katanya, siasatan awal polis percaya dadah terbabit yang menampung keperluan lebih 1,000 penagih, disimpan di rumah itu sebelum diedarkan kepada pengunjung pusat hiburan sekitar daerah ini.
Beliau berkata, siasatan lanjut turut mendapati dua suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau termasuk samun, mencederakan orang dengan senjata, pecah rumah serta cabul.

“Seorang daripada suspek juga positif dadah ketika ditahan dan mereka kini direman sehingga Khamis bagi membantu siasatan," katanya.

Dalam kes berasingan, polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun dan merampas dadah heroin seberat 920 gram bernilai RM73,600 menerusi serbuan di sebuah unit pangsapuri dekat Taman Bukit Indah, di sini, pada 28 September lalu.

Kar Hoong berkata, suspek berasal dari Setiawan, Perak, ditahan sepasukan anggota dan pegawai JSJN Johor susulan mendapat maklumat awam dan risikan.

Sumber daripada Berita Harian Online

Six Myanmar nationals nabbed for suspected drug peddling

By AUSTIN CAMOENS

KUALA LUMPUR: Six Myanmar nationals believed to be peddling drugs were arrested by city police during a swoop in Kepong near here last week.
Police also seized 76 packets of drugs believed to be heroin from them, following the raid conducted on an apartment in Kepong at around 7.30pm on Sept 28. The six men were aged between 26 and 33.
City Narcotics Crimes Investigations Department chief ACP Kang Chez Chiang said Wednesday further checks inside the apartment led to the recovery of another 184gm of drugs worth about RM8,000.
ACP Kang said that police also seized a weighing scale, some plastic bags believed to be used to package the drugs and several mobile phones.
All of them have been remanded to facilitate investigations under Section 39B of the Dangerous Drugs Act 1952 and Section 12(2) and Section 15(1) of the same act for drug possession and drug abuse.

Sumber daripada The Star Online

Tiga sahabat dihukum gantung



MOHD. Naziezul Ibrahim, Wan Muhamad Hanisan Wan Ismail (depan) dan Azizul Fahmie Mamat (kiri) berjalan keluar selepas dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu, semalam. – UTUSAN/AIZZUL A. MAJID



KOTA BHARU 27 Sept. – Tiga sahabat masing-masing dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, setelah didapati bersalah mengedar dadah jenis methampathamine seberat 18.77 gram, tiga tahun lalu.
Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim memutuskan demikian selepas mendapati pembelaan Mohd. Naziezul Ibrahim, 31; Wan Muhamad Hanisan Wan Ismail, 31, dan Azizul Fahmie Mamat, 27, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Seorang rakan mereka, Jaffri Jaafar, 31, sebelum ini telah dibebaskan atas tuduhan yang sama.
Ketiga-tiga lelaki tersebut disabitkan bersalah mengedar dadah tersebut di kawasan tempat letak kereta, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II) kira-kira pukul 8.30 malam, 31 Mei 2008.
Mereka bertiga didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukan hukuman mati mandatori.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Rehan Mohd. Aris, sementara Mohd. Naziezul diwakili peguam, Mashitah Mohd. Noh, manakala peguam Zaidan Ali mewakili Wan Muhamad Hanisan dan Azizul Fahmie.
Dalam rayuan sebelum hukuman dijatuhkan, Mashitah menyatakan, anak guamnya dari Pasir Mas dan masih bujang, bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM600 sebulan selain merupakan penanggung kedua-dua ibu bapanya.
Zaidan pula memberitahu, ekoran kes itu, isteri Wan Muhamad Hanisan telah memohon cerai daripada suaminya yang bekerja sebagai mekanik motosikal dengan pendapatan RM500 sebulan.
Sementara Azizul Fahmie yang bekerja sebagai buruh dengan pendapatan RM600 sebulan, menyara bapanya yang tidak bekerja selepas kematian ibunya.
Hakim Ahmad Zaidi dalam penghakimannya menyatakan, pihaknya tidak mempunyai pilihan lain selain daripada menjatuhkan hukuman mandatori tersebut terhadap tertuduh-tertuduh.
‘‘Selepas meneliti fakta kes kedua-dua pihak, kita sedia maklum tidak ada pilihan lain di bawah kes yang dibicarakan ke atas ke tiga-tiga tertuduh ini, hukumannya satu dan telah ditetapkan ke atas mereka iaitu gantung sampai mati,’’ katanya.
Sebaik sahaja keputusan tersebut dibacakan, ketiga-tiga tertuduh menundukkan wajah ke lantai sambil mengesat air mata. Beberapa wanita dipercayai ahli keluarga mereka juga teresak-esak menangis.
Seorang wanita dipercayai ibu kepada salah seorang tertuduh turut terpaksa dipapah keluar oleh ahli keluarga setelah rebah.
Suasana turut menjadi tegang seketika apabila beberapa lelaki menolak kamera beberapa petugas media bagi menghalang wajah tertuduh dirakamkan.

Sumber daripada Utusan Malaysia Online


Ikut penagih kerana cinta



MOHD. Fawzi Arshad (dua dari kanan) menunjukkan dadah yang dirampas di IPD Kluang, semalam. - UTUSAN/HAMDAN TAWADI



KLUANG 22 Sept. - Kerana cinta, seorang wanita sanggup mengikut teman lelakinya ke sebuah flat di Taman Sri Kluang di sini, yang dijadikan markas untuk mereka menikmati dadah jenis syabu.
Akibatnya, pasangan itu bersama seorang lagi rakan mereka ditahan pukul 10.30 malam kelmarin, hasil maklumat awam dan risikan polis.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Fawzi Arshad berkata, dalam serbuan itu, polis merampas enam peket plastik dipercayai dadah jenis syabu seberat 1.9 gram.
"Mereka yang ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 23 dan 28 tahun, didapati merupakan penagih tegar dan mempunyai rekod lampau penyalahgunaan dadah.
"Wanita yang berusia 28 tahun itu dipercayai teman kepada salah seorang suspek lelaki yang ditahan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang di sini, hari ini.
Mohd. Fawzi memberitahu, suspek yang dipercayai tidak mempunyai pekerjaan tetap ditahan reman sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Bahaya 1952 kerana kesalahan memiliki dan menyalahgunakan dadah, peruntukan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Dalam kes berasingan, seorang lelaki berdepan hukuman gantung kerana mengedar dadah setelah polis merampas 15.59 gram heroin daripadanya di sebuah rumah di Taman Permata di sini, kelmarin.
Mohd. Fawzi berkata, polis menahan suspek berusia 36 tahun kira-kira pukul 11 malam dan dia kini direman sehingga 27 September ini.

Sumber daripada Utusan Malaysia Online

Five held for trafficking drugs worth RM58,000

2011/09/12
 Supt Ibrahim Mohamad Yusof (right) and head of Kubang Pasu anti-narcotics department Assistant Supt Ishak Ali with drugs seized in Kampung Keda Pochan and Kampung Lubuk Pinang, Ayer Hitam. — Picture by      Rahmat Othman
Supt Ibrahim Mohamad Yusof (right) and head of Kubang Pasu anti-narcotics department Assistant Supt Ishak Ali with drugs seized in Kampung Keda Pochan and Kampung Lubuk Pinang, Ayer Hitam. — Picture by Rahmat Othman
 
JITRA: Police detained five men believed to be involved in drug trafficking and seized 596.05g of drugs believed to be heroin, worth RM58,000, after raids in Kampung Keda Pochan and Kampung Lubuk Pinang, Ayer Hitam, near here, recently. Kubang Pasu Police Chief Supt Ibrahim Mohamad Yusof said during the first raid in Kampung Keda Pochan on Sept 4, four men, aged between 19 and 30 were detained and 253.25g of heroin worth RM25,400 was seized.

"The drugs were found in one of the bedrooms in a house. Police also found 6.39g of syabu in the house. One of the suspects had been convicted for a previous drug offence," he said.

"During the second raid at Kampung Lubuk Pinang on Sept 8, a 36-year-old man, who had recently been released from a drug rehabilitation centre (Puspen) was detained with 342.8g of heroin worth RM32,600 and 2.4g of syabu."
Ibrahim said both cases were being investigated under Section 39B of the Dangerous Drugs Act 1952 which carries the mandatory death sentence if convicted.

Meanwhile, in an unrelated incident, police found a bag containing 18 slabs of ganja at the Immigration, Customs and Quarantine (ICQ) complex in Bukit Kayu Hitam on Sept 9 about 12.45am.

"The bag was found near a tree and the ganja was worth about RM45,000," he said. -- Bernama


Sumber daripada New Straits Time Online