Sunday 28 September 2014

kajian tindakan

Kajian Tindakan Dadah

Kajian Tindakan Rokok

Selamat Membaca Kajian Tindakan kami. Semoga memberi manfaat kepada semua.

SK Kota Warisan menuju ke arah "SEKOLAH BEBAS DADAH"

Lagi sebaran PPDa..

                                                                sebaran PPDa di Korea

                   sebaran PPDa ketika Lawatan Penanda Aras GPK & PPD Daerah Sepang ke
                                Prasekolah dan Sekolah Berprestasi Tinggi di Kota Kinabalu


Terima Kasih Daun Keladi YB Shahrom

Pada 4 September 2014 yang lalu sekolah telah menerima lawatan daripada YB Sharom, ADUN Dengkil bagi menyampaikan sumbangan alat tulis kepada calon-calon UPSR 2014. Selain itu juga beliau sempat berkunjung ke bilik sumber PPDa dan menyampaikan sumbangan sejumlah RM2000 sebagai tanda beliau juga menyokong usaha pihak sekolah dalam program PPDa. Terima kasih YB.
YB menyampaikan sumbangan kepada Pn Ana
                                   Semoga menjadi penyuntik semangat kepada calon UPSR tahun ini

                                     YB bersama skuad PPDa ketika berkunjung ke bilik sumber PPDa

                          "Saya sokong PPDa SK Kota Warisan- SEKOLAH BEBAS DADAH"
                                  Terima kasih YB. Sudi-sudilah berkunjung lagi ke sekolah kami

Tuesday 26 August 2014

Lawatan Penanda Aras dari SK Subang

Pada 26 Ogos 2014 (Selasa), rombongan Unit PPDa SK Subang telah mengunjungi Bilik Sumber PPDa SK Kota Warisan. Tujuan lawatan ini adalah untuk :

1. Bekerjasama dan bertukar-tukar idea untuk meningkatkan       
    pengurusan PPDa di sekolah masing-masing.

2. Bekerjasama bagi menjana kecemerlangan dalam bidang 
    akademik dan membangunkan potensi kemenjadian murid.

Jom kita lihat gambar-gambar sempena lawatan berkenaan.






Friday 11 April 2014

Kejayaan Bersama Misi PPDa

Sepanjang bulan April ini pelbagai aktiviti telah berlangsung yang mana ianya melibatkan murid-murid SK Kota Warisan. Walau apa jua aktiviti, pertandingan mahupun kejohanan yang disertai, misi membawa mesej 'Kami Anti Dadah' tetap menjadi keutamaan.
Ini adalah kerana kami percaya dengan bebasnya seseorang itu dari pengaruh dadah maka, seseorang itu lebih cenderung untuk kehidupan yang lebih maju dan baik. Oleh itu, misi ini perlu dan sangat penting kami sampaikan walau di mana pun kami berada bagi pendedahan kepada seluruh masyarakat.

                                         Misi PPDa ke Konsert Okestra di SM Seri Puteri,Cyberjaya
                                                    Pasukan Koir Bahasa Inggeris SKKW

                                    Sesi Terapi Kelas Pendidikan Khas SKKW di Putrajaya
                                     Kami hebat kerana bebas dadah dari Pasukan Takraw SKKW
Pasukan Ragbi Rimau SKKW - JOHAN 2014
                            
                                      Semangat Kesukanan bersama misi Anti Dadah

Pihak sekolah mengharapkan semoga kempen anti dadah ini membawa impak yang positif khususnya kepada warga SKKW dan seluruh masyarakat amnya.

Sunday 16 February 2014

GB Pn. Rohaidah bertukar

Adalah dimaklumkan mulai 17 Februari 2014, saya selaku Guru Besar SK Kota Warisan yang telah memimpin sekolah ini sejak ia dibuka pada 1 Januari 2004 akan bertukar ke SK Taman Putra Perdana, Sepang. Saya doakan SK Kota Warisan akan terus cemerlang di bawah kepimpinan Guru Besar baharu bersama Penolong-Penolong Kanan dan guru-guru serta staf sekolah. Mohon maaf atas salah dan silap saya selama ini.
  Meskipun saya agak terkilan dengan pertukaran ini disebabkan misi PPDa saya yang tidak kesampaian, namun saya percaya ada hikmah yang tersembunyi. Semoga warga SKKW akan meneruskan perjuangan murni ini hingga ke "titisan darah terakhir". Semoga Berjaya!
- Pn. Rohaidah binti Mohd. Ali 

Saya diraikan bersama GPK Kokurikulum; Pn. Mimi Hidayah binti Mohd Adam yang bertukar ke SK RTB Bukit Changgang sebagai GPK HEM
Salah satu daripada ucapan perpisahan yang saya terima :(
 Bangga + terharu..

Wednesday 29 January 2014

Mesyuarat AJK Induk 1

Terima kasih diucapkan kepada wakil-wakil AADK, Pejabat Kesihatan, Kastam Diraja Malaysia, Pengerusi Surau Al-Hijrah serta Naib Yang Dipertua PIBG kerana sudi hadir dalam Mesyuarat Induk PPDa SKKW kali pertama. Semoga hasil kerjasama di antara agensi-agensi luar dan NGO ini dapat menyebarluaskan maklumat dan hebahan bahaya dadah kepada anak-anak murid serta komuniti setempat. Wakil pihak polis, syarikat keselamatan dan pembersihan sekolah meskipun tidak dapat hadir namun telah bersetuju untuk memberikan kerjasama yang padu dalam meningkatkan program PPDa di sekolah. 
   Banyak program telah dirangka dalam mesyuarat tersebut dan persetujuan dicapai untuk meningkatkan usaha PPDa  di dalam dan di luar sekolah khususnya di Bilik Sumber PPDa...
 Selamat menjalin kerjasama yang intim demi kecemerlangan program PPDa sekolah kami