Thursday 16 January 2014

Lawatan benchmarking SKTBI

Selesai sahaja taklimat penyelarasan di SMK Bukit Indah, kami mengadakan pula lawatan penanda aras ke SK Taman Bukit Indah di sebelah. Meskipun telah 2 tahun berlalu di mana SK Taman Bukit Indah dinobatkan sebagai Naib Johan Kebangsaan 2012 (dengan pelbagai kisah sedih dan kontroversinya), kesan-kesang kehebatan PPDanya masih nyata dan banyak yang masih elok. 
   Menyaksikan persembahan video korporat dan bahan-bahan dokumentasinya buat kami tersentak juga. Wow speechless! Kesimpulan kami : SKTBI memang hebat dan selayaknya menjadi Juara Peringkat Kebangsaan. Semoga semangat kental tuan/puan warga SKTBI akan menyerap dalam diri kami warga SKKW dalam memburu kejuaraan yang sangat berprestij ini. Sesungguhnya daya juang SKTBI sangat kami sanjung tinggi. Doakan kami berjaya seperti kalian.
 Persembahan multimedia di Makmal Komputer SKTBI
 Anatara surat dan sijil yang disertakan
 Folder-foldernya dahsyat!
Kenangan di SK Taman Bukit Indah

No comments:

Post a Comment