Wednesday, 15 January 2014

Lawatan JPS

Sebagai wakil Negeri Selangor ke peringkat kebangsaan tahun ini, SKKW akan dibimbing oleh pegawai-pegawai dari Unit PPDa JPN Selangor dalam membuat persiapan bagi memenuhi spesifikasi penilaian yang telah ditetapkan oleh KPM pada tahap maksimum dan terbaik. Sejak tahun lepas lagi, kami telah dimaklumkan bahawa pegawai-pegawai PPDa JPS akan sentiasa turun padang sepanjang tahun bagi membantu keempat-empat sekolah calon Negeri Selangor ini (kategori Bilik Sumber dan Laluan Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah). Terima kasih atas usaha tuan-tuan dan kami sangat menghargainya.
   Sesi lawatan pertama telah berlangsung hari ini. Mereka diketuai oleh boss PPDa Negeri; Tn. Hj. Noh bin Murli berasama En. Mohd. Idrus & Tn. Hj. Ghazali. Selain melawat Bilik Sumber yang menjadi fokus utama, kami juga berbincang mengenai masalah pentadbiran dan perjawatan berkait dengan pengurusan HEM dan PPDa itu sendiri. Semoga dengan caknanya pegawai-pegawai atasan ini akan dapat meringankan masalah sekolah seterusnya mencari jalan mengatasi masalah yang ada dengan kerjasama PPD Sepang.
 En. Rohaizat menjelaskan perancangan beliau
Tn. Hj. Ghazali menulis dalam Buku Pelawat Bilik Sumber PPDa SKKW
 En. Idrus
 Laluan ini perlu dinaiktaraf dengan pelbagai info berkaitan DARIH
 Semangat tuan-tuan inspirasi kami
Terima kasih buat En. Zulfikri; Pegawai PPDa PPD Sepang yang sempat singgah

No comments:

Post a Comment