Friday 10 January 2014

Kunjungan Hormat Kastam Cawangan Narkotik

Sebagai melebarkan jaringan dan jalinan program PPDa, SKKW telah menghantar rombongan Kunjungan Hormat serta Lawatan Mesra ke Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) Cawangan Narkotik Ibu Pejabat di Kampung Jijan, Nilai, Negeri Sembilan. Rombongan diketuai oleh Guru Besar SKKW. Turut serta ialah Penyelaras PPDa; En. Mohd. Rohaizat, Pn. Fatimah Bibi dan Pn. Shazwani Bazilah.
   Kami merasa sangat terharu dan berbesar hati dengan sambutan yang diberikan oleh Timbalan Pengarah JKDM; Tn. Hj. Liah bin Omar serta pegawai-pegawainya. Bukan sahaja layanan yang sangat mesra malahan kami turut dijamu dan diberi cenderahati yang sangat istimewa. Kami telah dibawa melawat ke pusat latihan anjing-anjing pengesan dadah yang sangat terkawal di bahagian belakang ibu pejabat. 
   Hasil kunjungan hormat dan perbincangan yang telah dipersetujui, pihak JKDM bersedia untuk datang ke sekolah pada masa yang akan ditetapkan kelak untuk memberi ceramah, mengadakan pameran serta membuat pertunjukan anjing pengesan dadah. Selain itu, pihak JKDM juga mengalu-alukan anak-anak murid SKKW untuk datang melawat ke pejabat mereka. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pihak JKDM atas kerjasama yang diberi. Semoga ikatan silaturrahim dengan pihak komuniti yang sebegini erat akan memberikan kesan halo yang lebih luas dalam konteks PPDa sekolah kami...
 Di bilik gerakan
 Bergambar bersama Timbalan Pengarah Kastam
Terima kasih atas jamuan yang special
 Senaskhah makalah Kastam ole-ole buat SKKW
 Pewter Kastam
 Ada cenderahati lagi buat kami
 Tq
 Melihat keratan-keratan akhbar berkaitan operasi kastam membanteras dadah
 Boss Kastam turut membuat simbol 'Benci Dadah' SKKW
 Di hadapan Unit Latihan K-9
 Dalam kawasan kurungan anjing-anjing pengesan dadah
 Seekor anjing berharga antara RM70 - 80 ribu
 Semestinya SKKW dan Kastam Benci Dadah
 Jabatan Kastam memang terbaik dalam membanteras penyeludupan dadah
 Berbincang dengan jurulatih anjing
 Van yang mengangkut anjing
 Kastam K9
 JKDM tersergam indah kuning biru
Sesungguhnya jasa kalian amat besar dalam mempertahankan keamanan negara - Syabas! Insya Allah SKKW akan terus-menerus mendidik ke arah warganegara yang sentiasa membenci dadah - Itu janji kami!!

No comments:

Post a Comment