Friday 10 January 2014

Mesyuarat Mini Karnival Surau Al Hijrah

Selaku AJK Induk Lajnah Surau Al Hijrah Kota Warisan, Guru Besar serta Ustazah Noor Azian telah hadir dalam Mesyuarat kali ke-6 bagi membincangkan persediaan mengadakan Mini Karnival Surau yang akan berlangsung selama seminggu mulai 20 - 26.1.2014. Turut hadir dalam mesyuarat kali ini ialah Penyelaras PPDa; Cikgu Rohaizat. 
   SKKW telah memohon ruang untuk mengadakan pameran PPDa selama 2 hari dari pagi hingga ke malam pada 25 dan 26.1.2014 (Sabtu dan Ahad) dalam kawasan surau yang juga dikenali sebagai Masjid Al Hijrah Kota Warisan. Pameran akan melibatkan guru dan murid Skuad PPDa yang ditugaskan secara bergilir-gilir memberikan informasi berkaitan DARIH kepada masyarakat setempat khususnya yang datang ke surau sepanjang karnival tersebut. Semoga hasrat untuk menyebarluaskan maklumat PPDa ini akan tercapai secara maksimum melalui pameran yang diadakan semasa programitu nanti....
 Guru Besar duduk di sebelah Ustazah Azian
 Cikgu Rohaizat bersama AJK Mini Karnival Surau
Jadual Karnival
Datanglah beramai-ramai ke Karnival Cinta Rasul Surau Al Hijrah Kota Warisan
SKKW akan mengadakan Pameran PPDa semasa karnival tersebut

No comments:

Post a Comment