Sunday 26 January 2014

Pameran PPDa @ Karnival Surau

Sebagai melebarkan hebahan Benci Dadah, SKKW telah memohon tapak pameran semasa Karnival Cinta Rasul yang diadakan di Surau Al-Hijrah Kota Warisan. Karnival tersebut berlangsung selama seminggu yakni mulai 19 - 26.1.2014. Namun Pameran PPDa SKKW diadakan selama 2 hari 2 malam pada 25 dan 26.1.2014 (Sabtu dan Ahad).
   Sepanjang pameran, beberapa orang guru dan Skuad PPDa telah bertugas menjaga booth serta memberi penerangan berkaitan bahan pameran. Sambutan yang diberi sangat menggalakkan. Sesungguhnya objektif untuk menyampaikan kesan halo berkaitan bahaya dadah telah berjaya dicapai dan menepati sasaran berikutan program anjuran tersebut dikunjungi ramai. Syabas buat Surau Al-Hijrah dan terima kasih kerana telah memberi kami peluang untuk menyampaikan maklumat Anti Dadah kami...

Hari 1 - Sabtu (25.1.2014)
 Surau Al-Hijrah kebanggaan penduduk Kota Warisan
 Guru dan murid (Skuad PPDa) bertugas bersama pegawai AADK
Melihat pameran
 Menulis dalam buku pelawat
 Antara acara karnival - pertandingan nasyid
 Gerai jualan
Pertandingan ping pong
Kami Benci Dadah
Petugas shift malam

Hari 2 - Ahad (26.1.2014)

Ceramah Muslimah
Anak-anak murid SKKW Benci Dadah di mana-mana
 YDP PIBG - En. Nor Aziz mencatat dalam buku pelawat PPDa
PIBG dan SKKW sentiasa membenci dadah
Ceramah perdana Maulidur Rasul

No comments:

Post a Comment