Tuesday 5 November 2013

Lawatan penanda arasan ke Kedah

Sebagai persediaan untuk menghadapi Pertandingan Bilik Sumber PPDa peringkat kebangsaan tahun depan, SKKW telah mengorak langkah dengan mengadakan lawatan penanda arasan ke sekolah yang telah dinobatkan sebagai Johan dalam pertandingan yang sama tahun ini. Sekolah yang dituju terletak di utara tanahair iaitu SK Dato' Wan Kemara (SKDWK), Changlun, Kedah.
   Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar SKDWK; En. Ramlee bin Abu Bakar serta guru-guru sekolah tersebut kerana sudi menerima rombongan kami. Memang terlalu banyak input dan pengalaman berharga telah dikongsikan oleh GB dan guru PPDa sekolah tersebut. Sangat berbaloi kami datang ke sini meskipun dalam tempoh masa yang pendek iaitu selama 1 hari 2 malam (3 - 5.11.2013) dengan hanya tidur di dalam bas sahaja tanpa mengambil mana-mana hotel / tempat penginapan.
   Sesungguhnya program ini telah memberi kami motivasi dan membakar semangat kami untuk mengikut jejak langkah menjadi seperti SKDWK dalam pertarungan tahun 2014. Sama-samalah kita doakan....
 

 Delegasi PPDa negeri Selangor meredah malam menuju Kedah
 Disambut oleh GB SKDWK - En. Ramlee
Ucapan aluan GB SKDWK
Ucapan balas GB SKKW
Pembentangan slaid oleh Guru PPDa SKDWK
Sijil penghargaan dari tuan rumah
Penghargaan dari PPD Sepang
Plak dari SKKW
Sijil dari SKKW
 Ole-ole dari SKKW tanda penghargaan buat mentor
Mengabadi kenangan
Sekolah Kami Benci Dadah
Info Dadah ada di sekitar kawasan sekolah
Dalam Bilik Sumber PPDa
Melawat kios-kios dalam Bilik Sumber PPDa
Warga SKDWK dan SKKW sentiasa benci dadah!

No comments:

Post a Comment