Wednesday 13 November 2013

PPDa @ HAC 2013

Kegemilangan Hari Anugerah Cemerlang (HAC) SKKW 2013 ditambah lagi dengan perkongsian maklumat dan kegembiraan dalam bidang PPDa. Guru Besar telah menyelitkan dalam ucapan beliau info tentang DARIH serta memaklumkan kejayaan terkini sekolah dalam pertandingan Bilik Sumber PPDa peringkat negeri Selangor bagi tahun 2013. Semoga ibu bapa akan lebih peka dengan usaha-usaha sekolah ke arah menerapkan maklumat berkaitan dadah, arak, inhalan, rokok dan HIV / Aids kepada anak-anak murid. Diharapkan keprihatinan ini akan mencetuskan dana dan sumbangan-sumbangan lain kepada sekolah dalam bentuk projek NGO, idea maupun bahan-bahan pendidikan. 
   Apapun tahniah kepada murid-murid yang telah menerima anugerah dan sijil semasa Hari Anugerah Cemerlang tersebut. Semoga terus maju. Berita lanjut tentang HAC 2013 sila klik di sini
 Ucapan GB turut mengandungi maklumat PPDa
 Tokoh Murid lelaki dan perempuan bersama ibu masing-masing, GB dan GPK1

No comments:

Post a Comment