Tuesday 12 November 2013

Anugerah PPDa 2012

Sebagaimana yang kita sedia maklum, SKKW telah memenangi Tempat Ke-2 dalam Pertandingan Bilik Sumber PPDa peringkat negeri Selangor bagi tahun lepas - 2012 (berita lanjut sila klik di sini). Majlis penyampaian anugerah telah diadakan pada 12.11.2013 di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah JPN Selangor; Tuan Mohd. Salleh bin Mohd Kassim.
   SKKW telah diwakili oleh Guru Besar; Pn. Rohaidah binti Mohd. Ali bagi menerima anugerah tersebut. Tahniah diucapkan kepada warga SKKW atas penganugerahan yang sangat berprestij itu. Insya Allah tahun depan SKKW akan sekali lagi menaiki pentas untuk menerima Anugerah Johan Bilik Sumber peringkat negeri Selangor bagi tahun 2013 pula. Diharapkan menjelang majlis tersebut, kita telah mendapat berita gembira dalam pertandingan peringkat kebangsaan yang akan kita wakili. Semoga Berjaya!!
 GB bersama Setiausaha PPDa - Pn. Che Ruzana
 Taklimat pegawai AADK
 
 
 Angka giliran
 
 Slot Unit PPDa KPM
 Pengacara majlis
 Ucapan perasmian Tuan Timbalan JPS - Tuan Mohd. Salleh bin Mohd. Kassim
 Persembahan boria PPDa
  GB SKKW menerima hadiah Naib Johan Bilik Sumber Sekolah Rendah Negeri Selangor 2012
 Gembira dan syukur
 Piala yang dimenangi
 Posing
 GB bersama Penyelia PPDa PPD Sepang; En. Zulfikri dan Tuan PPD Sepang; Tn. Hj. Mat Jah bin Roslan
Kenangan bersama GB SK Taman Seroja; Pn. Noredzan bersama mantan PPD Sepang; Tn. Hj. A. Rahman bin Ngit

No comments:

Post a Comment