Wednesday 20 November 2013

Lawatan ke SK Desa Amanpuri

Sebagai persediaan ke arah mempersiapkan diri untuk Pertandingan Bilik Sumber PPDa peringkat kebangsaan tahun depan, hari ini SKKW sekali lagi telah mengadakan lawatan penanda arasan ke sebuah lagi Bilik Sumber PPDa terbaik. Kali ini kami telah menuju ke Gombak iaitu ke SK Desa Amanpuri (SKDA) - Johan Bilik Sumber PPDa peringkat negeri Selangor 2012 yang telah mewakili Selangor ke pertandingan peringkat kebangsaan tahun 2013 ini. Meskipun mendapat Tempat Ke-4, kami ingin mengucapkan syabas kepada SKDA atas kejayaan yang telah ditempa. Sesungguhnya sekolah tersebut sangat hebat dengan segala keceriaan dan dokumentasi yang telah dilakukan dalam tempoh 2 tahun sahaja namun sangat mengujakan. 
   Banyak yang telah kami perolehi hasil lawatan tersebut khususnya daripada Guru Besar SKDA; En. Azman bin Mohd Aris serta GPK 1; Tn. Hj. Ghazali bin Hj. Anuar yang juga merupakan Jurulatih Utama (JU) PPDa Negeri Selangor. Terima kasih banyak atas tunjukajar dan perkongsian yang diberi. Semoga hubungan dua hala ini akan berterusan demi menjayakan misi PPDa negeri Selangor dan KPM.
Sebelum bertolak
 Kami Benci Dadah
 Turut serta rombongan 9 orang guru-guru SKKW ialah 2 orang guru Bimbingan & Kaunseling SK Taman Seroja - Pn. Rohaya dan Wawa
 Sampai di SKDA tepat jam 10.00 pagi
 Bergambar di lobi SKDA bersama GB dan guru-guru SKDA
 
 Ucapan aluan GB - En. Azman Mohd. Aris
 
 Pegawai Khas PPDa PPD Sepang; En. Zulfikri menyampaikan ucapan
 GB SKKW menyampaikan ucapan sambil mengucapkan terima kasih atas kesudian SKDA menerima kehadiran kami
 GB bersua teman lama; En. Zulkifli Hashim - GPK Koku SKDA
Tayangan video korporat yang sungguh hebat
 Tn. Hj. Ghazali memberikan penerangan berkaitan format dan tips-tips penghakiman
 Carta Organisasi yang ditempah di kedai
 Tangga arah ke kantin
 Menandatangani Buku Pelawat ke Bilik Sumber PPDa
 
 Taman PPDa
 Majlis penutup - Menerima sijil penghargaan daripada GB SKDA
 Sijil daripada SKKW buat SKDA
 Sedikit ole-ole buat tuan rumah
 Sumbangan PPD Sepang untuk SKDA
 Juga buat JU PPDa Negeri Selangor - Tn. Hj. Ghazali
Terima kasih banyak buat SKDA - jasamu dikenang

No comments:

Post a Comment