Wednesday 29 January 2014

Mesyuarat AJK Induk 1

Terima kasih diucapkan kepada wakil-wakil AADK, Pejabat Kesihatan, Kastam Diraja Malaysia, Pengerusi Surau Al-Hijrah serta Naib Yang Dipertua PIBG kerana sudi hadir dalam Mesyuarat Induk PPDa SKKW kali pertama. Semoga hasil kerjasama di antara agensi-agensi luar dan NGO ini dapat menyebarluaskan maklumat dan hebahan bahaya dadah kepada anak-anak murid serta komuniti setempat. Wakil pihak polis, syarikat keselamatan dan pembersihan sekolah meskipun tidak dapat hadir namun telah bersetuju untuk memberikan kerjasama yang padu dalam meningkatkan program PPDa di sekolah. 
   Banyak program telah dirangka dalam mesyuarat tersebut dan persetujuan dicapai untuk meningkatkan usaha PPDa  di dalam dan di luar sekolah khususnya di Bilik Sumber PPDa...
 Selamat menjalin kerjasama yang intim demi kecemerlangan program PPDa sekolah kami

Monday 27 January 2014

PPDa @ Catur

Tahniah kepada pasukan perempuan catur SKKW kerana telah menjadi Johan dalam Kejohanan Catur MSSD Sepang baru-baru ini (laporan lanjut sila klik blog SKKW di sini dan di sini). Tahniah juga buat semua pemain yang telah mewakili sekolah termasuk pasukan lelaki. Selama 3 hari bertanding, ternyata wakil sekolah begitu bersemangat dan berdaya saing yang sangat tinggi. Nyata dan jelas murid SKKW yang bebas daripada DARIH (dadah, arak, rokok, inhalan dan HIV / AIDS) adalah murid yang cemerlang dan terbaik. Pasukan catur SKKW telah membuktikannya. Cayalah...
Semasa bertanding di SMK DABB
Semasa diraikan di SKKW

Penyampaian watikah pelantikan Skuad PPDa

Majlis penyampaian watikah pelantikan Skuad PPDa tahun ini telah disempurnakan oleh pegawai Kastam dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia Cawangan Narkotik. Terima kasih banyak atas jasa baik tuan. Semoga para Skuad PPDa dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin demi membanteras dadah daripada mempengaruhi rakan-rakan dan masyarakat setempat...
 Ucapan cikgu Rohaizat - Penyelaras PPDa
 Ucapan GB
 Penyampaian watikah pelantikan
 Terima kasih atas kerjasama
 Bacaan ikrar
 Barisan Skuad PPDa yang berdedikasi
 Terima kasih tuan
 Ucapan tuan pegawai kastam
 Terima kasih Pn. Azlin - AJK PIBG dapat turut hadir

Sunday 26 January 2014

Pameran PPDa @ Karnival Surau

Sebagai melebarkan hebahan Benci Dadah, SKKW telah memohon tapak pameran semasa Karnival Cinta Rasul yang diadakan di Surau Al-Hijrah Kota Warisan. Karnival tersebut berlangsung selama seminggu yakni mulai 19 - 26.1.2014. Namun Pameran PPDa SKKW diadakan selama 2 hari 2 malam pada 25 dan 26.1.2014 (Sabtu dan Ahad).
   Sepanjang pameran, beberapa orang guru dan Skuad PPDa telah bertugas menjaga booth serta memberi penerangan berkaitan bahan pameran. Sambutan yang diberi sangat menggalakkan. Sesungguhnya objektif untuk menyampaikan kesan halo berkaitan bahaya dadah telah berjaya dicapai dan menepati sasaran berikutan program anjuran tersebut dikunjungi ramai. Syabas buat Surau Al-Hijrah dan terima kasih kerana telah memberi kami peluang untuk menyampaikan maklumat Anti Dadah kami...

Hari 1 - Sabtu (25.1.2014)
 Surau Al-Hijrah kebanggaan penduduk Kota Warisan
 Guru dan murid (Skuad PPDa) bertugas bersama pegawai AADK
Melihat pameran
 Menulis dalam buku pelawat
 Antara acara karnival - pertandingan nasyid
 Gerai jualan
Pertandingan ping pong
Kami Benci Dadah
Petugas shift malam

Hari 2 - Ahad (26.1.2014)

Ceramah Muslimah
Anak-anak murid SKKW Benci Dadah di mana-mana
 YDP PIBG - En. Nor Aziz mencatat dalam buku pelawat PPDa
PIBG dan SKKW sentiasa membenci dadah
Ceramah perdana Maulidur Rasul