Wednesday, 24 October 2012

Penilaian Bilik Sumber PPDa peringkat Negeri Selangor 2012

Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Panel penilai telah hadir ke SKKW untuk memantau dan menilai persembahan sekolah selaku wakil tunggal daerah Sepang dalam pertandingan Bilik Sumber PPDa peringkat negeri Selangor 2012. Pasukan pemantau yang terdiri daripada pegawai-pegawai PPDa JPN Selangor dan PPD ditemani oleh pegawai PPDa PPD Sepang telah melawat kesemua stesen yang telah disediakan. Sebaik menjejakkan kaki ke sekolah, pegawai-pegawai tersebut telah dihidangkan dengan 2 buah tarian oleh kumpulan Bidasari Warisan - lambang potensi anak-anak yang bebas dadah.
   Seterusnya, diadakan sesi bergambar sebagai tanda kenangan pada hari yang bersejarah tersebut. Panel penilai telah diiringi oleh 2 orang Sahabat PPDa serta 5 orang "pari-pari" lady bird sepanjang pengembaraan. Memandangkan panel perlu menilai ke sebuah lagi sekolah untuk sesi penghakiman seterusnya, mereka tidak dapat berada lama di SKKW. Malahan seorang daripada pegawai penilai telah terus menuju ke Bilik Sumber PPDa untuk membuat penilaian.
   Sambil meronda kawasan sekolah, panel penilai telah diberi taklimat oleh murid-murid yang bertugas di setiap stesen. Mereka juga bersoaljawab dengan murid-murid yang sedang Rehat dengan pelbagai soalan cepu mas. Antara soalan yang diaju:
1. Di mana bilik PPDa?
2. Adakah kamu pernah pergi ke Bilik PPDa?
3. Apakah visi PPDa?
   Ada juga murid-murid yang tidak dapat menjawab persoalan-persoalan yang diberi meskipun sudah acapkali guru memberitahu hal tersebut kepada semua murid. Barangkali mereka panik ataupun bimbang jawapan yang diberi tidak benar.
   Di Bilik Mesyuarat, diadakan sesi ucapan diikuti persembahan multimedia yang telah disampaikan dengan baik oleh 2 orang murid Sahabat PPDa. Seterusnya diadakan majlis penyampaian hadiah dan sedikit jamuan. Selesai makan tengah hari, panel penilai terus bergegas pulang tanpa membuat lawatan rasmi ke 2 lagi stesen iaitu di PSS dan Bilik Sumber PPDa sendiri yang terletak di tingkat atas.
   Apapun, pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan pemantau yang telah hadir, menilai sambil berkongsi maklumat tentang PPDa serta memberi komen dan cadangan yang bernas lagi banyak untuk penambahbaikan pada masa depan.
   Syabas atas kerjasama semua guru, murid dan warga SKKW. Sesungguhnya dengan penyertaan ini, bukan sahaja kesedaran tentang bahaya dadah semakin memuncak bahkan hubungan silaturahim sesama kita kian terjalin rapat. Semoga kita akan berjaya...

 Menyambut panel penilai
 
Persembahan tarian Bidasari Warisan
 
 Bergambar kenangan dengan pasukan tarian Bidasari Warisan

Stesen pertama : Taman Warisan PPDa
PPDa @ Klinik
Laluan Firdausi

PPDa Shed

PPDa @ Surau
PPDa @ Tangga
 
Balingan Cemerlang
Arca Tangan

PPDa @ Kantin
Soaljawab bersama murid
Membasah tekak
PPDa @ Pemulihan Khas

PPDa @ Bilik Sains

 
PPDa @ Van Jenazah Surau Al-Hijrah Kota Warisan
PPDa @ Tangga

PPDa @ Pendidikan Khas
Lady bird yang gigih

Menandatangani buku pelawat di Bilik Mesyuarat
Ketua Panel berbincang dengan SU PPDa - cikgu Che Ruzana


 Pegawai PPDa PPD Sepang - En. Zulfikri
Bacaan doa oleh Ustaz Zulkiflee

Ucapan GB

Ucapan Ketua Pemantau - En. Yahya
Persembahan multimedia
Perutusan PPDa oleh GB

Penyelaras PPDa yang bersemangat lagi cool - cikgu Rohaizat

Panel sibuk memeriksa fail
Cenderahati buat Ketua Panel

Terima kasih banyak

Membimbing dan meneliti


Jamuan makan tengah hari
Senyuman manis orang-orang kuat PPDa SKKW

Bye
Babai



Potret di Taman Warisan PPDa
Terima kasih semua
(Kenangan penilaian tahun 2011 klik di sini)

No comments:

Post a Comment