Ikut jadual, sepatutnya esok berlangsung pemantauan Pertandingan Bilik Sumber PPDa peringkat negeri Selangor 2012. Persiapan berjalan lancar. Semua guru dan murid bersemangat. Raptai dilakukan pagi ini. Murid-murid pun menunjukkan kesungguhan berlatih dan penuh teruja. Namun, takdir menentukan segalanya...
Jam 2.00 petang tadi, sekolah mendapat khabar bahawa pemantauan tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. 3 daerah terlibat. Pemantauan ditangguhkan pada 24 Oktober 2012 (Rabu). Lambat lagi tu!
Apo nak dikato. Redho ajalah. Pasti ada hikmah dan rahmatnya. Maka segala usaha yang klimaks tadi terhenti. Sambil tarik nafas, banyak pula idea-idea baru timbul. Insya Allah masa untuk touch up dan make up. Syukur ya Allah atas ruang yang diberi untuk kita terus memperbaiki dan menambah baik. Semoga kejayaan dapat dicapai sebagaimana yang didoakan. Aminnn...
No comments:
Post a Comment