Thursday 4 October 2012

PPDa # Johan Bola

Semasa pertandingan Bola Sepak Bawah 11 Tahun peringkat daerah Sepang 2012 tadi. Kejohanan yang berlangsung di SK Methodist, Sg. Pelek itu menyaksikan murid-murid Tahun 5 berjuang dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan. Sesungguhnya kejayaan yang dicapai ini adalah berkat kesabaran, usaha dan semangat yang tinggi di bawah bimbingan para jurulatih yang berjiwa kental. Sebagai tanda sokongan dan dengan tujuan untuk melebarkan hebahan PPDa, kata-kata hikmah Anti Dadah diabadikan bersama rakan-rakan dari sekolah lain yang turut mengambil bahagian.
 Pelbagai aksi dari pasukan bola sepak Under 11 SKKW
Bersama pasukan lawan dari SK Taman Pantai Sepang Putra

No comments:

Post a Comment