Thursday 13 October 2011

Pemantauan Pertandingan Bilik Sumber PPDa peringkat Negeri Selangor 2011

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba.  Pagi tadi SKKW telah dikunjungi oleh pasukan pemantau untuk Pertandingan Bilik Sumber PPDa peringkat negeri.  Selepas bersarapan di kantin, pasukan pemantau yang diketuai oleh En. Ramli diiringi oleh pasukan berbasikal ke Laman Jauhari dan seterusnya melawat Lorong PPDa.  Kemudian pasukan pemantau dibawa ke Pondok PPDa.  Pasukan pemantau sangat teruja dengan keindahan Pondok PPDa ini dan yang paling uniknya, pondok ini serba serbi menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya.  Selepas itu, pasukan pemantau bergerak ke Surau SKKW dan kemudian terus ke Pusat Sumber untuk melihat Sudut PPDa yang berada di bilik tayang.  Lokasi seterusnya ialah lokasi yang paling utama iaitu Bilik Sumber PPDa.  Komen yang sangat positif daripada En. Mohd Noh menaikkan semangat semua warga SKKW.  Beliau berkata, untuk tahun pertama.. ini adalah sangat cemerlang.  Pasukan pemantau mencadangkan supaya Bilik Sumber PPDa diperbesarkan lagi.  Lokasi terakhir ialah di tempat letak kereta guru yang terdapat van jenazah serta model jenazah dan kubur sebelum bergerak ke Bilik Mesyuarat untuk tayangan 'slideshow' dan pemantauan fail-fail PPDa.

Terima kasih kepada pasukan pemantau atas komen-komen dan cadangan yang diberikan.  InsyaAllah kami akan terus berusaha untuk penambahbaikan.  Tahniah untuk semua guru yang berganding bahu, berkorban masa dan tenaga untuk menyempurnakan sekolah sempena pertandingan ini terutama untuk En. Rohaizat & Pn. Che Ruzana selaku guru PPDa SK Kota Warisan.  Semoga kita berjaya dalam pertandingan ini dan menjadi sekolah bebas dadah.  SKKW BENCI DADAH !!!




























2 comments:

  1. Sukanya saya tengok rakaman sejarah ini. Tahniah atas kesungguhan guru-guru SKKW! Saya bangga sangat...

    ReplyDelete
  2. tahniah puan...bilik sumber ppda yang kreatif dan berinformasi

    ReplyDelete