Wednesday 2 October 2013

Penilaian Bilik Sumber PPDa Peringkat Negeri Selangor 2013

Pada pagi Rabu 2 Oktober 2013 Sekolah Kebangsaan Kota Warisan telah didatangi oleh Hakim Penilaian Bilik Sumber PPDa yang terdiri daripada 5 orang Pegawai Khas Dadah dari PPD Negeri Selangor. Kedatangan mereka adalah untuk membuat penilaian bilik sumber PPDa di sekolah yang memasuki Pertandingan Bilik Sumber PPDa peringkat negeri Selangor. 2 orang pegawai dari pejabat AADK Daerah Sepang juga turut hadir dalam sesi penilaian tersebut. Mereka juga diiringi oleh Pegawai PPDa PPD Sepang - En. Zulfikri. 
   Tahniah buat semua murid, guru, PIBG, ibu bapa serta pihak komuniti atas kerjasama padu dalam menghadapi penilaian yang amat bermakna ini. Semoga keputusan cemerlang akan kita perolehi kerana sesungguhnya persiapan kali ini paling maksimum meskipun dibebani dengan masalah-masalah masa, kewangan dan jadual kerja lain yang amat padat. Gerak kerja guru-guru telah bermula sejak awal tahun lagi. Malahan yang paling menarik ialah, murid-murid telah menunjukkan persembahan yang amat bertenaga dan meyakinkan ketika memberi penerangan di stesen-stesen serta semasa disoal oleh para hakim. Ini menandakan fenomena PPDa telah sebati dalam diri murid-murid SKKW. Syabas!!
Ketibaan para hakim
"Selamat Datang tuan-tuan"
Menyaksikan persembahan di dewan terbuka
Persembahan koir murid-murid Tahun 2 dan 3
Menyanyikan lagu "Gemilang Tanpa Dadah" ciptaan bapa murid SKKW - En. Hafitz bin Khamis - pensyarah IPG Kampus Bahasa Melayu
Bergambar kenangan
Di bilik mesyuarat
Ucapan pengacara majlis - Ustazah Siti Fairuza
Ucapan Guru Besar - Pn. Rohaidah

Ucapan Ketua Hakim
Persembahan multimedia
Pegawai-pegawai AADK Sepang turut hadir
Persembahan multimedia disampaikan oleh adik Nurul Assyira Nadia - murid Tahun 5
Perutusan Guru Besar
Penyampaian cenderamata kepada para hakim
Terima kasih juga buat pegawai AADK
Semoga mendapat kerjasama berterusan daripada AADK
Terima kasih buat En. Zulfikri - Pegawai PPDa PPD Sepang yang banyak membantu
Jamuan ringan
PPDa @ PSS
Bilik Sumber PPDa
Permainan Ketingting PPDa
PPDa @ Batu Bersurat Taman PPDa
PPDa @ Makmal Sains
PPDa @ Pendidikan Khas (PPKI)
Permainan Bowling PPDa
PPDa @ Kantin
Arca PPDa
Laluan / Lorong PPDa
Pondok PPDa
Tangga PPDa
PPDa @ Surau
PPDa @ Bilik Kesihatan
Menyemak fail-fail PPDa
Terima kasih semua!

* Jom lihat juga penilaian Tahun 2012 (sila klik di sini ) - Keputusan : Naib Johan
 serta penilaian Tahun 2011 (sila klik di sini ) - Keputusan : Tempat Ketiga 

No comments:

Post a Comment