Berikut adalah pantun-pantun yang telah memenangi Peraduan Pantun Raya Anti Dadah yang telah dianjurkan oleh page PPDa SKKW;
Kategori guru
Johan - Pn. Roszila binti Balia
Hari Raya hari mulia,
Tangan dihulur maaf dipinta;
Bertambah meriah bertambah bermakna,
Andai dadah tak disalah guna.
Bunga popi merah menyala,
Dituai penjarah perosak bangsa;
Harus jauhi dadah durjana,
Keberkatan Aidilfitri lebih terasa.
Dituai penjarah perosak bangsa,
Dibawa orang ke serata dunia;
Hari Raya disambut mesra,
Tanpa Syabu, Ecstacy, Ice dan Ganja.
Dibawa orang ke serata dunia,
Singgah sebentar di Kota Bangkok;
Maaf dipinta di hari mulia,
Jangan disentuh alkohol dan rokok.
Singgah sebentar di Kota Bangkok,
Melihat teruna menjamu selera;
Jangan disentuh alkohol dan rokok,
Tak sia-sialah ibadah puasa.
Melihat teruna menjamu selera,
Tapai beras adunan si dara;
Tak sia-sialah ibadah puasa,
Bersama banteras musuh negara.
Tempat Kedua - Pn. Nik Najmiah binti Nik Lah @ Nik Abdullah
Pasang pelita di malam raya,
Cantik berhias di halaman rumah;
Dadah durjana perosak bangsa,
Wajib dibanteras selamatkan ummah.
Hari raya hari yang mulia,
Maaf dipinta sesama insan;
Dadah dan ganja jangan dicuba,
Barulah berjaya di masa depan.
Batang buruk ketupat rendang,
Makanan tradisi juadah raya;
Nasib buruk jangan diundang,
Alkohol ectacy jangan dicuba.
Hati gembira di hari lebaran,
Segak bersongkok berbaju merah;
Sebulan puasa menjadi latihan,
Amalan merokok berjaya dicegah.
Merah sulaman baju kebaya,
Berseri warna bersulam indah;
Meriah sambutan bersama keluarga,
Berhari raya tanpa dadah.
Tempat Ketiga - Pn. Farahdiba binti Abd. Hamid
Heroin, morfin dan candu,
Asalnya dadah kumpulan opiat,
Lebaran dinanti ramadhan dirindu,
Semoga amalan jadi manfaat.
Dadah opiat pokok popi,
Getah keluar daripada buahnya,
Sudah puas ku menanti,
Akhirnya lebaran berkunjung akhirnya.
Indahnya busana di pagi raya,
Dipakai pelbagai kaum dan agama,
Dadah durjana amat merbahaya,
Perosak anak bangsa yang utama.
Sambutan raya kaum di Malaysia,
Islam Hadhari sumber inspirasi,
Hidup akan menjadi sia-sia,
Jika bertunjangkan nafsu dihati.
Sedihnya hati jauh merantau
Rindukan ayahanda bonda dan saudara
Agensi dadah giat memantau,
Namun kesedaran sukar digesa.
Dari Tupah mudik ke desa,
Ziarah menziarah di pagi raya,
Penagihan dadah mengikut bangsa,
Bangsa melayu peneraju utama.
Menanam memproses dan mengedar,
Hukumnya juga adalah haram,
Muslimin muslimat haruslah sedar,
Hari lebaran jalinan ukhwah islam.
Kategori murid
Johan - Nur Farra Adlina Binti Zailani (5 Wibawa)
Hari Raya sudahpun tiba,
Disambut dengan penuh gembira,
Mengambil dadah masalah pun tiba,
Menjadi pemusnah bangsa dan negara.
Berhari raya di Taman Sri Bunga,
Tiba di rumah dijamu biskut raya,
Morfin, Syabu, Ganja yang bahaya,
Apakah hukuman yang setimpal bagi mereka?
Jawapan : Hukuman gantung
Tempat Kedua - Nur Farzana Izzati Binti Mohd Nizam (4 Ikhlas)
Dua murid berjalan-jalan,
menuju ke rumah untuk beraya,
Nampak minuman yang tidak sepatutnya,
Jangan ambil biarkan saja.
Bunyi mercun sudah tiba
Sudah dekat hari raya,
Jangan minum, minuman alkohol,
Jagalah diri sebelum raya.
Selamat menyambut hari raya,
Bermain mercun tak ingat dunia,
Jangan minum arak yang bahaya,
Kalau minum,tak boleh raya.
Dua tiga mercun bunyi,
Nak dekat dekat raya, berhati-hati.
Janganlah raya dengan si rokok,
Jagalah kesihatan, di hari raya.
Kita berpuasa di bulan ramadhan,
Lakukan amal banyakkan ibadah,
Sihatkan hati sihatkan badan,
Bersamalah kita perangi dadah.
Tempat Ketiga - Daniel Haqeem Bin Hashimi (3 Amanah)
Membakar lemang di malam raya,
Bermain bunga api bersama tok abah,
Sekolah Kota Warisan muridnya ceria,
Menyambut aidilfitri tanpa dadah.
Tahniah kepada para pemenang!!!
(Gambar pemenang sila klik di sini)
No comments:
Post a Comment