- Pengaruhnya terhadap sistem penting pada tubuh badan seperti sistem pernafasan, saraf, jantung metabolisme dan otot-otot
- Kadar pernafasan menjadi lebih pendek dan perlahan
- Kadar degupan jantung berkurangan
- Tubuh menggigil akibat penurunan kadar metabolisme
- Mata menjadi merah
- Berat badan terjejas
Kesan Dadah Kepada Mental dan Emosi
Kesan dan akibat pengaruh dadah pada otok dan minda
ialah kesan psikologi. Ini termasuk rasa seronok dan khayal. Pada masa
yang sama seseorang itu akan hilang kawalan diri dan pemikiran. Sekiranya
bekalan dadah tidak diperolehi, mereka akan berasa keluh-kesah, gian dan
amat menderita. Mata akan berair, hidung berhingus, perut berasa sakit dan
perit, kadang kala muntah dan cirit-birit
Kesan Dadah Kepada Sosial
- Hilang minat dan tidak mempedulikan tanggungjawab terhadap pekerjaan, keluarga serta masyarakat
- Maruah dan nama baik keluarga tercemar dalam kalangan masyarakat
- Prestasi dan disiplin kerja merosot, tingkah laku dan sikap berubah daripada apa yang biasa diamalkan sebelumnya
- Rumah tangga menjadi porak peranda
- Perpisahan dan perceraian antara ahli keluarga
- Harapan ibu bapa ke atas anak menjadi musnah
No comments:
Post a Comment