Friday 27 September 2013

Lawatan penanda aras

Pagi ini sekolah kami telah dilawati oleh pelawat yang terdiri daripada 3 orang pegawai AADK diketuai En. Mohd. Izahid, Penghulu Mukim Sepang merangkap Naib Pengerusi Pemadam Sepang; Tuan Muhamad Azaazrin bin Alias, pegawai PPDa PPD Sepang; En. Zulfikri serta guru-guru Penyelaras PPDa SK Taman Seroja dan SK Jenderam Hilir calon daerah Sepang untuk pertandingan minggu depan. Mohon maaf jika persiapan yang dapat kami tunjukkan barangkali sekitar 70% sahaja. 
   Sebelum melawat-lawat stesen, pelawat telah diberi taklimat di Bilik Pemulihan Khas. Bilik mesyuarat kami tidak dapat digunakan kerana Bilik Mesyuarat digunakan sebagai tempat Kursus KSSR B.Inggeris Tahun 4.
   Apapun terima kasih kepada pihak PPD yang telah mengambil inisiatif mengadakan lawatan ini kerana banyak perkongsian yang telah dapat dimanfaatkan bersama. Diharap kami akan mendapat serba sedikit bantuan daripada pihak AADK dan Pemadam walaupun masa  yang tinggal tidak beberapa hari saja lagi...

No comments:

Post a Comment