Tuesday 21 August 2012

Dalam Kenangan - Cikgu Abu Bakar Bin Mustafa

Salam...
Dalam kemeriahan kita menyambut Aidilfitri, tanpa kita sedari, seorang daripada sahabat & rakan seperjuangan kita sedang bergelut dengan kesakitan & menanti saat-saat terakhir beliau untuk bertemua dengan Maha Pencipta, Allah SWT.  Lebih kurg pukul 3.00am tadi, dapat perkhabaran daripada Pengerusi Kelab Guru SKKW yang menyatakan bahawa sahabat kami Cikgu Abu Bakar telah kembali ke Rahmatullah. Sebelum tu, Guru Besar SKKW telah memaklumkan di Facebook bahawa Allahyarham telah dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Batu Pahat akibat jantung bengkak dan jangkitan kuman pada paru-paru.

Berita ini sangat mengejutkan & menyedihkan bagi kami warga SKKW.  Umumnya tahu Allahyarham seorang yang aktif terutamanya dalam bidang sukan & seringkali dinobatkan sebagai Guru Paling Aktif oleh murid-murid SK Kota Warisan.  Beliau juga seorang ayah yang baik.  Masih terngiang bagaimana beliau memujuk anaknya yang tidak mahu ke sekolah kerana ingin membeli kasut baru.  Beliau sangat sabar melayan karenah anaknya.

Beliau juga sangat banyak membantu dalam persediaan SKKW untuk Pertandingan Bilik Sumber PPDa.  Beliau merupakan AJK Unit Tapak Perhimpunan dan Banner untuk PPDa 2012. Segala usaha & jasa beliau akan sentiasa kami kenang.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan umatNYA yang beriman. 
Setiap yang bernyawa pasti akan mati, begitu jugalah dengan manusia tiada seorang pun boleh lari dari ajalnya yang telah ditetapkan oleh Allah Taala. AL-FATIHAH....




- aa -

2 comments:

  1. Inilah perkara terakhir yang dinyatakan oleh arwah ketika pemantauan susulan tempoh hari. Berkhidmat melaksanakan tugasan di bulan Ramadhan. Al-Fatihah...Jasa dan pengorbanan yang besar di sekolah ini..

    ReplyDelete
  2. Semoga setiap kebaikan arwah cikgu Abu Bakar akan sentiasa meniti di bibir kita supaya beliau sentiasa mendapat rahmatNYA. Ya Allah tempatkanlah sahabatku ini di kalangan para solihin.. Amin

    ReplyDelete