Wednesday, 20 June 2012

Kempen Anti Dadah Bersama MOSTI

Pagi tadi beberapa orang pegawai daripada Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) telah hadir untuk membuat kajian tentang pengetahuan Sains di kalangan murid-murid sekolah.  Murid-murid Tahun 6 bersama-sama terlibat dalam kajian ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Membina Roket Air, Pertandingan Pelancaran Roket Air dan Persembahan Sains.(klik di sini)

Pegawai-pegawai dari MOSTI ini turut menurunkan tandatangan mereka di atas banner Kempen Anti Dadah PPDa SK Kota Warisan sebagai tanda sokongan mereka kepada Program PPDa ini.  Terima kasih diucapkan kepada En. Nadzeef & rakan2 kerana sudi meluangkan masa bersama kami. 









Friday, 6 April 2012

PROGRAM ORIENTASI SAHABAT PPDa PETRONAS KEM BUMI JATI

Pada 4 April 2012,seramai 4 orang murid SK.Kota Warisan iaitu dua lelaki dua perempuan telah menyertai Program Orientasi  Sahabat PPDa PETRONAS Peringkat Negeri Selangor bertempat di Kem Bumi Jati Batu 7 Jalan Kebun Seksyen 30 ,Shah Alam. Program PPDa ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Selangor dengan kerjasama PETRONAS. Kem ini telah disertai seramai 500 orang murid sekolah-sekolah rendah di negeri Selangor. Kelompok pelajar ini telah dibimbing oleh 20 orang fasilitator yang terdiri daripada murid-murid sekolah menengah terpilih yang telah menyertai beberapa siri Program PPDa Peringkat Negeri dan Kebangsaan. Beberapa orang guru PPDa dan sukarelawan Petronas juga telah bertindak sebagai mentor. Matlamat utama kursus ini adalah untuk melatih murid-murid sekolah rendah dengan beberapa kemahiran memimpin, membimbing rakan sebaya mereka untuk berkomunikasi, seterusnya  mengetahui, memahami dan bertindak memusuhi dadah durjana.



Taklimat Kumpulan


Rakanku

Kemahiran komunikasi

Penyelesaian masalah








Kreativiti minda-Bersama membina Menara Petronas-Musnahkan dadah

Refleksi / Soal selidik


Majlis penutup Program Orientasi Sahabat PPDa-Petronas Peringkat Negeri Selangor

‘’BERSAMA MEMERANGI DADAH’’

Sunday, 1 April 2012

Pelancaran Sekolah PPDa

Sempena Mesyuarat Agung PIBG SKKW kali ke-9 tadi (klik di sini), Unit PPDa telah mengambil kesempatan untuk mengadakan Majlis Perasmian Pelancaran Sekolah PPDa 2012. Sebuah plak telah ditempah khas untuk ditandatangani oleh Tuan Yang Dipertua PIBG; Dr. Norizhar bin Hj. Kadarman. Majlis pelancaran tersebut telah disaksikan oleh En. Alwi bin Che Sulaiman selaku Pegawai PPDa PPD sepang yang mewakili Tuan PPD Sepang merasmikan Mesyuarat Agung tersebut. 
   Majlis ini selain dari mewar-warkan visi dan misi PPDa sekolah, juga bertujuan untuk melahirkan penghargaan kepada PIBG yang telah banyak menyokong usaha sekolah dalam pelbagai program pencegahan dadah di sekolah ini baik dalam bentuk sumbangan kewangan maupun sokongan moral, idea serta kehadiran. Semoga majlis ini akan menjadi pemangkin kepada banyak lagi aktiviti PPDa pada masa depan demi merealisasikan objektif PPDa sebagaimana yang dihasratkan oleh KPM.
   Selain plak, Unit PPDa juga telah menyediakan Sudut Pameran PPDa dan mengedarkan tanda buku kepada semua yang hadir.
Sudut Pameran PPDa
 "Menarik........"
Sudut plak perasmian
Anikah testing membuka tirai
Majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG sedang berlangsung
 Penyampaian cenderamata oleh YDP PIBG kepada En. Alwi
Selesai majlis perasmian AGM PIBG, hadirin menyaksikan persembahan video korporat PPDa
 Sahabat PPDa sedang bersedia bersama guru-guru Bimbingan dan Kaunseling - 
Zana dan Rohaizat
 Seterusnya PPD, YDP dan GB diminta ke belakang dewan
 YDP memotong riben
 YDP menandatangani plak
Plak yang akan menyemarakkan lagi usaha benci dadah dalam kalangan warga SKKW
Kenangan bersama En. Alwi - Pegawai PPDa PPD Sepang

Sunday, 18 March 2012

Sumbangan PIBG

Jawatankuasa PPDa SKKW ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan PIBG SKKW hasil Karnival PIBG bulan lepas. Seseungguhnya sumbangan yang berjumlah RM3,000.00 itu amat besar ertinya buat unit PPDa dalam menampung kos keceriaan, pembelian peralatan bilik sumber, menjalankan program dan banyak lagi. Insya Allah peruntukan tersebut akan dibelanjakan sebaik mungkin demi faedah anak-anak murid serta warga sekolah selaras dengan misi pendidikan pencegahan dadah yang dihasratkan oleh KPM. Unit PPDa SKKW mendoakan semoga PIBG SKKW akan lebih cemerlang dan mendapat kejayaan dalam pertandingan Anugerah PIBG Kebangsaan 2012 nanti. PIBG Cemerlang, PPDa Terbilang, Murid Gemilang!

Sunday, 19 February 2012

Lawatan Ke SKPA2

Seramai lebih kurang 40 orang guru SKKW telah mmengikuti lawatan ke SK Puncak Alam 2 yang dianjurkan oleh Kelab Guru dan Kakitangan SKKW.  Perjalanan kami bermula seawal 730 pagi dan telah disambut dengan   penuh mesra oleh warga SKPA2.


Kami diberi taklimat dan persembahan multimedia di Bilik Gerakan SKPA2 dan kemudian melawat kawasan persekitaran sekolah termasuk Bilik Sumber PPDA mereka. Sangat mempersonakan pemandangan di kawasan sekolah ini.  Setiap sudut & ruang, pasti ada sesuatu untuk dilihat dan dibaca.  Banyak yang kami pelajari hasil dari lawatan ini & semakin bersemangat untuk membuat penambahbaikan untuk tahun 2012 ini.


Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Guru Besar SKPA2, Tn. Hj. Muhammed Adzhar b. Hj. Alias dan semua warga SKPA2, yang sudi menerima kunjungan kami & berkongsi banyak maklumat terutamanya yang berkaitan dengan PPDA.  Sebelum pulang, kami sempat pergi membeli-belah di Sungai Besar & makan Mee Udang Banjir yang sangat sedap... Terbaikkk :)

Friday, 3 February 2012

Taklimat PPDa 2012

Setelah dimaklumkan SK Kota Warisan berjaya mendapat tempat ke-4 dalam Pertandingan Bilik PPDa Peringkat Negeri Selangor 2011, tahun ini (2012) sekali lagi SKKW dicalonkan untuk mewakili daerah Sepang dalam pertandingan yang sama. Berita ini diterima dengan hati terbuka oleh seluruh warga sekolah. Insya Allah kita akan cuba sebaik mungkin untuk menyahut cabaran tersebut. Sesungguhnya pencalonan ini merupakan satu penghargaan dan penghormatan yang sangat bermakna buat kami. 
   Pada 2 Februari 2012, Guru Besar; Pn. Rohaidah binti Mohd Ali bersama En. Mohd. Rohaizat bin Ismail selaku Guru Bimbingan dan Kaunseling merangkap Setiausaha PPDa SKKW telah menghadiri taklimat pertandingan PPDa peringkat negeri di SMK Seri Serdang. SMK Seri Serdang telah dinobatkan sebagai Johan dalam Pertandingan Bilik PPDa Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan pada tahun lepas. Tahniah dan syabas buat Pengetua SMKSS - Pn. Faizah binti Yusof dan seluruh warga sekolah tersebut.
   Taklimat tersebut telah dihadiri oleh semua Pengetua / Guru Besar serta SU PPDa sekolah-sekolah seluruh Selangor yang akan mewakili daerah masing-masing dalam pertandingan Bilik / Sudut / Lorong PPDa peringkat negeri tahun ini. Agenda program termasuklah ucapan Pn. Faizah, persembahan video korporat SMKSS, ucapan Pegawai PPDa JPN Selangor, persembahan power point SMK Dusun Nanding, penerangan tentang dokumentasi dan sistem fail seterusnya lawatan ke Bilik Sumber dan stesen-stesen PPDa sekitar sekolah. Sesungguhnya perkongsian idea dan program penandaarasan ini telah memberi panduan dan gambaran yang sangat berharga kepada sekolah-sekolah yang terlibat. Masing-masing amat berpuas hati dan mendapat inspirasi untuk melakukan yang terbaik. 
   Dalam hal ini, kerjasama semua pihak sangat-sangat diperlukan bagi merealisasikan hasrat yang murni ini. Kejayaan memang manis tetapi ia memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Kita telah membuktikannya dan tidak mustahil kita ulanginya lagi buat tahun ini. Ayuh semua!!!
Laporan program taklimat klik di sini

Friday, 28 October 2011

Bilik Sumber PPDA Baru!!!!

Dalam Mesyuarat Guru Ke-5 2011 tadi, Guru Besar SKKW, Pn. Hjh. Rohaidah telah memaklumkan bahawa Bilik Sumber PPDA akan dipindahkan dari tingkat 3 ke tingkat 2 untuk tahun 2012 nanti. Memandangkan tahun depan SKKW akan mempunyai 2 sesi persekolahan, jadi ada beberapa kelas akan dijadikan bilik-bilik khas termasuk kelas 4 Setia tahun ini yang akan dijadikan sebagai Bilik Sumber PPDA untuk tahun hadapan. Lebih besar, lebih selesa dan lebih banyak maklumat yang akan kita perolehi untuk tahun hadapan :D  Terima kasih GB :)

Bilik Sumber PPDA 2011

Kelas 4 Setia 2011


Sebelum 'make-over'....tungguuu....