Terima kasih buat guru-guru serta guru-guru praktikum SKKW yang membantu membuat persediaan bagi menghadapi pertandingan PPDa. Jom tengok...
Visi PPDa
Thursday, 26 July 2012
Monday, 23 July 2012
Banner baru
Tidak lama lagi SKKW akan mewakili daerah Sepang untuk dinilai dalam pertandingan Bilik Sumber PPDa peringkat negeri Selangor 2012. Berbagai-bagai perancangan telah dilakukan dan persediaan mempersiapkan diri sedang hebat dijalankan. Antaranya; menempah banner bagi mewar-warkan kepada warga sekolah betapa perlunya kita menjauhi dadah. Hidup Cemerlang Tanpa Dadah!
Wednesday, 20 June 2012
Kempen Anti Dadah Bersama MOSTI
Pagi tadi beberapa orang pegawai daripada Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) telah hadir untuk membuat kajian tentang pengetahuan Sains di kalangan murid-murid sekolah. Murid-murid Tahun 6 bersama-sama terlibat dalam kajian ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Membina Roket Air, Pertandingan Pelancaran Roket Air dan Persembahan Sains.(klik di sini)
Pegawai-pegawai dari MOSTI ini turut menurunkan tandatangan mereka di atas banner Kempen Anti Dadah PPDa SK Kota Warisan sebagai tanda sokongan mereka kepada Program PPDa ini. Terima kasih diucapkan kepada En. Nadzeef & rakan2 kerana sudi meluangkan masa bersama kami.
Friday, 6 April 2012
PROGRAM ORIENTASI SAHABAT PPDa PETRONAS KEM BUMI JATI
Pada 4 April
2012,seramai 4 orang murid SK.Kota Warisan iaitu dua lelaki dua perempuan telah
menyertai Program Orientasi Sahabat PPDa
PETRONAS Peringkat Negeri Selangor bertempat di Kem Bumi Jati Batu 7 Jalan
Kebun Seksyen 30 ,Shah Alam. Program PPDa ini telah dianjurkan oleh Jabatan
Pelajaran Selangor dengan kerjasama PETRONAS. Kem ini telah disertai seramai
500 orang murid sekolah-sekolah rendah di negeri Selangor. Kelompok pelajar ini
telah dibimbing oleh 20 orang fasilitator yang terdiri daripada murid-murid
sekolah menengah terpilih yang telah menyertai beberapa siri Program PPDa
Peringkat Negeri dan Kebangsaan. Beberapa orang guru PPDa dan sukarelawan
Petronas juga telah bertindak sebagai mentor. Matlamat utama kursus ini adalah
untuk melatih murid-murid sekolah rendah dengan beberapa kemahiran memimpin, membimbing
rakan sebaya mereka untuk berkomunikasi, seterusnya mengetahui, memahami dan bertindak memusuhi
dadah durjana.
![]() |
| Taklimat Kumpulan |
![]() |
Rakanku
|
![]() |
| Kemahiran komunikasi |
![]() |
| Penyelesaian masalah |
![]() |
| Kreativiti minda-Bersama membina Menara Petronas-Musnahkan dadah |
![]() |
| Refleksi / Soal selidik |
![]() |
| Majlis penutup
Program Orientasi Sahabat PPDa-Petronas Peringkat Negeri Selangor ‘’BERSAMA MEMERANGI DADAH’’ |
Sunday, 1 April 2012
Pelancaran Sekolah PPDa
Sempena Mesyuarat Agung PIBG SKKW kali ke-9 tadi (klik di sini), Unit PPDa telah mengambil kesempatan untuk mengadakan Majlis Perasmian Pelancaran Sekolah PPDa 2012. Sebuah plak telah ditempah khas untuk ditandatangani oleh Tuan Yang Dipertua PIBG; Dr. Norizhar bin Hj. Kadarman. Majlis pelancaran tersebut telah disaksikan oleh En. Alwi bin Che Sulaiman selaku Pegawai PPDa PPD sepang yang mewakili Tuan PPD Sepang merasmikan Mesyuarat Agung tersebut.
Majlis ini selain dari mewar-warkan visi dan misi PPDa sekolah, juga bertujuan untuk melahirkan penghargaan kepada PIBG yang telah banyak menyokong usaha sekolah dalam pelbagai program pencegahan dadah di sekolah ini baik dalam bentuk sumbangan kewangan maupun sokongan moral, idea serta kehadiran. Semoga majlis ini akan menjadi pemangkin kepada banyak lagi aktiviti PPDa pada masa depan demi merealisasikan objektif PPDa sebagaimana yang dihasratkan oleh KPM.
Selain plak, Unit PPDa juga telah menyediakan Sudut Pameran PPDa dan mengedarkan tanda buku kepada semua yang hadir.
Majlis ini selain dari mewar-warkan visi dan misi PPDa sekolah, juga bertujuan untuk melahirkan penghargaan kepada PIBG yang telah banyak menyokong usaha sekolah dalam pelbagai program pencegahan dadah di sekolah ini baik dalam bentuk sumbangan kewangan maupun sokongan moral, idea serta kehadiran. Semoga majlis ini akan menjadi pemangkin kepada banyak lagi aktiviti PPDa pada masa depan demi merealisasikan objektif PPDa sebagaimana yang dihasratkan oleh KPM.
Selain plak, Unit PPDa juga telah menyediakan Sudut Pameran PPDa dan mengedarkan tanda buku kepada semua yang hadir.
Sudut Pameran PPDa
"Menarik........"
Sudut plak perasmian
Anikah testing membuka tirai
Majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG sedang berlangsung
Penyampaian cenderamata oleh YDP PIBG kepada En. Alwi
Selesai majlis perasmian AGM PIBG, hadirin menyaksikan persembahan video korporat PPDa
Sahabat PPDa sedang bersedia bersama guru-guru Bimbingan dan Kaunseling -
Zana dan Rohaizat
Zana dan Rohaizat
Seterusnya PPD, YDP dan GB diminta ke belakang dewan
YDP memotong riben
YDP menandatangani plak
Plak yang akan menyemarakkan lagi usaha benci dadah dalam kalangan warga SKKW
Kenangan bersama En. Alwi - Pegawai PPDa PPD Sepang
Subscribe to:
Posts (Atom)











































