JENIS-JENIS DADAH
1. Opiat
Pokok Popi |
- Diperoleh daripada tumbuhan pokok popi.
- Dadah kumpulan opiat ialah candu, morfin dan heroin.
2. Stimulan
Kokain |
- Merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat.
- Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau Amphetamine-Type-Stimulants (ATS) dan kokain.
3. Ganja
Pokok Cannabis Sativa |
- Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah.
- Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana tetrahydrocannabinol (THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama.
- Terdapat 3 jenis bentuk ganja iaitu herba, hashish (getah) dan minyak hashish (cecair).
4. Halusinogen
Dadah halusinogen dalam pelbagai bentuk |
- Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria.
- Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan
- LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen.
5. Depresen
Dadah GHB |
- Ubat depresen termasuk juga ubat-ubat sedative dan tranquilizer.
- Ubat-ubat ini bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi utama tubuh.
- Alkohol juga bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara memperlahankan fungsi dan reaksinya.
- GHB atau Gamma-hydroxybutyrate boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih, serbuk putih, pil dan kapsul.
- GHB juga boleh kerap disalahgunakan sebagai rape drug kerana boleh memitamkan mangsa dalam tempoh beberapa minit sahaja.
- Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan.
- Ketamin dalam bentuk tepung putih pula dipersalahkan dengan cara smoked atau snorted untuk mendatangkan khayalan seperti dibius.
6. Ubat-ubatan Dan Bahan-bahan Yang Disalahguna
Steroid |
- Steroid sejenis ubat yang merupakan hormon testeron sintetik.
- Steroid kerap disalahguna oleh atlit di seluruh dunia walaupun terdapat kajian baru yang menunjukkan steroid tidak menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatan kekuatan fizikal.
- Penyalahgunaan steroid mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk seperti boleh menyebabkan kanser hati.
- Gam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga boleh menghasilkan kesan seperti dadah apabila disalahgunakan.
- Selain daripada itu, daun ketum atau spesis mytragynine yang telah disenaraikan sebagai racun dan bahan psikotropik dalam Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan segolongan rakyat di Utara dan Timur Semenanjung Malaysia.
- Selain daripada ubat bius dan depresen, lazimnya ubat-ubatan yang kerap disalahguna adalah berkaitan dengan ubat penenang, ubat tidur, ubat untuk menahan sakit (pain killer) dan sebagainya.