Simbol keramat "Kami Benci Dadah"
Visi PPDa
Wednesday, 27 February 2013
PPDa @ Boling
Tahniah buat pasukan boling tenpin SKKW yang telah mendapat Tempat Ke-3 dalam Kejohanan Boling Tenpin MSSD Sepang (laporan lanjut sila klik di sini). Kejayaan ini membuktikan murid-murid SKKW sentiasa cergas dan aktif tanpa dadah.
Sunday, 24 February 2013
Program Penanaman Sejuta Pokok Seluruh Negara AADK
3 orang murid Sekolah Kebangsaan Kota Warisan yang merupakan ahli Skuad PPDa SKKW bersama Guru PPDa telah menyertai Program Penanaman Sejuta Pokok Seluruh Negara Agensi
Antidadah Kebangsaan bertempat di Cure
& Care Vokasional Centre (CCVC) Sepang, Kota Warisan.
Selepas melapor diri, program diteruskan dengan taklimat oleh pihak penganjur. Skuad PPDa SK Kota Warisan telah memilih Pokok Salam untuk ditanam di lokasi yang telah ditetapkan.
Selepas melapor diri, program diteruskan dengan taklimat oleh pihak penganjur. Skuad PPDa SK Kota Warisan telah memilih Pokok Salam untuk ditanam di lokasi yang telah ditetapkan.
Melapor diri di pondok pengawal |
Bekerjasama menanam Pokok Salam |
Bergambar kenangan bersama peserta-peserta program |
Friday, 8 February 2013
PPDa @ Perarakan Maulidur Rasul
Murid-murid dan guru-guru telah mengadakan acara perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat SKKW tadi. Seperti biasa banner "Kami Benci Dadah" telah memeriahkan suasana...
GB bersama guru praktikum IPG Kampus Teknik
Menunjukkan simbol ibu jari ke bawah yang popular itu
(Lagi berita sambutan Maulidur Rasul dalam blog SKKW di sini)
Thursday, 7 February 2013
PPDa @ Ragbi MSSD
Di mana ada pasukan SKKW di situ ada mesej anti dadah dikemundangkan. Demikianlah juga semasa Kejohanan Ragbi MSSD Sepang yang diadakan di SKKW pada 5.2.2013 yang lalu.
Pasukan pelawat
Pasukan tuan rumah
Pelbagai aksi
Sebelum perlawanan akhir - Kami Benci Dadah!
(Laporan lanjut dalam blog SKKW di sini)
Saturday, 2 February 2013
PPDa @ AGM PIBG
Sempena Mesyuarat Agung PIBG SKKW kali ke-10, Unit PPDa telah menyediakan tapak pameran khas PPDa untuk memberikan maklumat tentang DARIH (dadah, arak, rokok, inhalan dan HIV / aids) khususnya kepada ibu bapa / penjaga yang hadir dalam mesyuarat tersebut. Diharapkan pameran ini dapat meninggalkan kesan halo yang lebih meluas lagi menyeluruh yang akan dibawa balik ke rumah masing-masing serta persekitaran setempat.
Perasmi Mesyuarat Agung; Tuan PPD Sepang - Tn. Hj. Mat Jah bin Roslan telah sudi membuat lawatan hormat ke tapak pameran tersebut. Turut serta melawat pameran ialah Pegawai Kejuruteraan Bomba BBST - En. Rashid bin Hussin yang dijemput hadir untuk melancarkan perasmian van sumbangan pihak bomba kepada PIBG SKKW. Terima ksih kepada Tuan PPD, tuan pegawai bomba serta semua ibu bapa / penjaga yang sudi melawat pameran tersebut. Warga SKKW Benci Dadah dudlu, kini dan selamanya!

Skuad PPDa yang bertugas
Tuan PPD bertanya sesuatu kepada skuad PPDa
Mantan YDP PIBG SKKW - Dr. Rushdan mengamati pameran
Tuan PPD menulis nama di buku pelawat PPDa
Terima kasih tuan
Pegawai Kejuruteraan Bomba juga menurunkan nama
(Laporan lanjut AGM PIBG dalam blog PIBG SKKW di sini)
Subscribe to:
Posts (Atom)