Kajian Tindakan Dadah
Kajian Tindakan Rokok
Selamat Membaca Kajian Tindakan kami. Semoga memberi manfaat kepada semua.
SK Kota Warisan menuju ke arah "SEKOLAH BEBAS DADAH"
PPDa - SK Kota Warisan
Visi PPDa
Sunday, 28 September 2014
Lagi sebaran PPDa..
sebaran PPDa di Korea
sebaran PPDa ketika Lawatan Penanda Aras GPK & PPD Daerah Sepang ke
Prasekolah dan Sekolah Berprestasi Tinggi di Kota Kinabalu
sebaran PPDa ketika Lawatan Penanda Aras GPK & PPD Daerah Sepang ke
Prasekolah dan Sekolah Berprestasi Tinggi di Kota Kinabalu
Terima Kasih Daun Keladi YB Shahrom
Pada 4 September 2014 yang lalu sekolah telah menerima lawatan daripada YB Sharom, ADUN Dengkil bagi menyampaikan sumbangan alat tulis kepada calon-calon UPSR 2014. Selain itu juga beliau sempat berkunjung ke bilik sumber PPDa dan menyampaikan sumbangan sejumlah RM2000 sebagai tanda beliau juga menyokong usaha pihak sekolah dalam program PPDa. Terima kasih YB.
YB bersama skuad PPDa ketika berkunjung ke bilik sumber PPDa
"Saya sokong PPDa SK Kota Warisan- SEKOLAH BEBAS DADAH"
Terima kasih YB. Sudi-sudilah berkunjung lagi ke sekolah kami
YB menyampaikan sumbangan kepada Pn Ana
Semoga menjadi penyuntik semangat kepada calon UPSR tahun iniYB bersama skuad PPDa ketika berkunjung ke bilik sumber PPDa
"Saya sokong PPDa SK Kota Warisan- SEKOLAH BEBAS DADAH"
Terima kasih YB. Sudi-sudilah berkunjung lagi ke sekolah kami
Tuesday, 26 August 2014
Lawatan Penanda Aras dari SK Subang
Pada 26 Ogos 2014 (Selasa), rombongan Unit PPDa SK Subang telah mengunjungi Bilik Sumber PPDa SK Kota Warisan. Tujuan lawatan ini adalah untuk :
1. Bekerjasama dan bertukar-tukar idea untuk meningkatkan
pengurusan PPDa di sekolah masing-masing.
2. Bekerjasama bagi menjana kecemerlangan dalam bidang
akademik dan membangunkan potensi kemenjadian murid.
Jom kita lihat gambar-gambar sempena lawatan berkenaan.
Friday, 11 April 2014
Kejayaan Bersama Misi PPDa
Sepanjang bulan April ini pelbagai aktiviti telah berlangsung yang mana ianya melibatkan murid-murid SK Kota Warisan. Walau apa jua aktiviti, pertandingan mahupun kejohanan yang disertai, misi membawa mesej 'Kami Anti Dadah' tetap menjadi keutamaan.
Ini adalah kerana kami percaya dengan bebasnya seseorang itu dari pengaruh dadah maka, seseorang itu lebih cenderung untuk kehidupan yang lebih maju dan baik. Oleh itu, misi ini perlu dan sangat penting kami sampaikan walau di mana pun kami berada bagi pendedahan kepada seluruh masyarakat.
Misi PPDa ke Konsert Okestra di SM Seri Puteri,Cyberjaya
Pasukan Koir Bahasa Inggeris SKKW
Sesi Terapi Kelas Pendidikan Khas SKKW di Putrajaya
Kami hebat kerana bebas dadah dari Pasukan Takraw SKKW
Semangat Kesukanan bersama misi Anti Dadah
Pihak sekolah mengharapkan semoga kempen anti dadah ini membawa impak yang positif khususnya kepada warga SKKW dan seluruh masyarakat amnya.

Pasukan Ragbi Rimau SKKW - JOHAN 2014
Semangat Kesukanan bersama misi Anti Dadah
Pihak sekolah mengharapkan semoga kempen anti dadah ini membawa impak yang positif khususnya kepada warga SKKW dan seluruh masyarakat amnya.
Sunday, 16 February 2014
GB Pn. Rohaidah bertukar
Adalah
dimaklumkan mulai 17 Februari 2014, saya selaku Guru Besar SK Kota
Warisan yang telah memimpin sekolah ini sejak ia dibuka pada 1 Januari
2004 akan bertukar ke SK Taman Putra Perdana, Sepang. Saya doakan SK
Kota Warisan akan terus cemerlang di bawah kepimpinan Guru Besar baharu
bersama Penolong-Penolong Kanan dan guru-guru serta staf sekolah. Mohon
maaf atas salah dan silap saya selama ini.
Meskipun saya agak terkilan dengan pertukaran ini disebabkan misi PPDa saya yang tidak kesampaian, namun saya percaya ada hikmah yang tersembunyi. Semoga warga SKKW akan meneruskan perjuangan murni ini hingga ke "titisan darah terakhir". Semoga Berjaya!
- Pn. Rohaidah binti Mohd. Ali

Saya diraikan bersama GPK Kokurikulum; Pn. Mimi Hidayah binti Mohd Adam yang bertukar ke SK RTB Bukit Changgang sebagai GPK HEM
Wednesday, 29 January 2014
Mesyuarat AJK Induk 1
Terima kasih diucapkan kepada wakil-wakil AADK, Pejabat Kesihatan, Kastam Diraja Malaysia, Pengerusi Surau Al-Hijrah serta Naib Yang Dipertua PIBG kerana sudi hadir dalam Mesyuarat Induk PPDa SKKW kali pertama. Semoga hasil kerjasama di antara agensi-agensi luar dan NGO ini dapat menyebarluaskan maklumat dan hebahan bahaya dadah kepada anak-anak murid serta komuniti setempat. Wakil pihak
polis, syarikat keselamatan dan pembersihan sekolah meskipun tidak dapat hadir
namun telah bersetuju untuk memberikan kerjasama yang padu dalam meningkatkan program PPDa di sekolah.
Banyak program telah dirangka dalam mesyuarat tersebut dan persetujuan dicapai untuk meningkatkan usaha PPDa di dalam dan di luar sekolah khususnya di Bilik Sumber PPDa...
Banyak program telah dirangka dalam mesyuarat tersebut dan persetujuan dicapai untuk meningkatkan usaha PPDa di dalam dan di luar sekolah khususnya di Bilik Sumber PPDa...
Selamat menjalin kerjasama yang intim demi kecemerlangan program PPDa sekolah kami
Subscribe to:
Posts (Atom)