Wednesday 20 November 2013

Lawatan ke SK Desa Amanpuri

Sebagai persediaan ke arah mempersiapkan diri untuk Pertandingan Bilik Sumber PPDa peringkat kebangsaan tahun depan, hari ini SKKW sekali lagi telah mengadakan lawatan penanda arasan ke sebuah lagi Bilik Sumber PPDa terbaik. Kali ini kami telah menuju ke Gombak iaitu ke SK Desa Amanpuri (SKDA) - Johan Bilik Sumber PPDa peringkat negeri Selangor 2012 yang telah mewakili Selangor ke pertandingan peringkat kebangsaan tahun 2013 ini. Meskipun mendapat Tempat Ke-4, kami ingin mengucapkan syabas kepada SKDA atas kejayaan yang telah ditempa. Sesungguhnya sekolah tersebut sangat hebat dengan segala keceriaan dan dokumentasi yang telah dilakukan dalam tempoh 2 tahun sahaja namun sangat mengujakan. 
   Banyak yang telah kami perolehi hasil lawatan tersebut khususnya daripada Guru Besar SKDA; En. Azman bin Mohd Aris serta GPK 1; Tn. Hj. Ghazali bin Hj. Anuar yang juga merupakan Jurulatih Utama (JU) PPDa Negeri Selangor. Terima kasih banyak atas tunjukajar dan perkongsian yang diberi. Semoga hubungan dua hala ini akan berterusan demi menjayakan misi PPDa negeri Selangor dan KPM.
Sebelum bertolak
 Kami Benci Dadah
 Turut serta rombongan 9 orang guru-guru SKKW ialah 2 orang guru Bimbingan & Kaunseling SK Taman Seroja - Pn. Rohaya dan Wawa
 Sampai di SKDA tepat jam 10.00 pagi
 Bergambar di lobi SKDA bersama GB dan guru-guru SKDA
 
 Ucapan aluan GB - En. Azman Mohd. Aris
 
 Pegawai Khas PPDa PPD Sepang; En. Zulfikri menyampaikan ucapan
 GB SKKW menyampaikan ucapan sambil mengucapkan terima kasih atas kesudian SKDA menerima kehadiran kami
 GB bersua teman lama; En. Zulkifli Hashim - GPK Koku SKDA
Tayangan video korporat yang sungguh hebat
 Tn. Hj. Ghazali memberikan penerangan berkaitan format dan tips-tips penghakiman
 Carta Organisasi yang ditempah di kedai
 Tangga arah ke kantin
 Menandatangani Buku Pelawat ke Bilik Sumber PPDa
 
 Taman PPDa
 Majlis penutup - Menerima sijil penghargaan daripada GB SKDA
 Sijil daripada SKKW buat SKDA
 Sedikit ole-ole buat tuan rumah
 Sumbangan PPD Sepang untuk SKDA
 Juga buat JU PPDa Negeri Selangor - Tn. Hj. Ghazali
Terima kasih banyak buat SKDA - jasamu dikenang

Thursday 14 November 2013

PPDa @ Result UPSR

Murid-murid Tahun 6 seluruh negara telah menerima keputusan UPSR masing-masing pada 14.11.2013. Ada yang gembira dan ada yang bersedih. Ibu bapa dan guru-guru turut sama berkongsi kegembiraan dan kesedihan tersebut. Semoga anak-anak murid tidak berputus asa dan cekal meneruskan perjuangan yang masih panjang dalam pendidikan dan kerjaya.
   Adalah diharapkan semoga dalam melalui onak duri kehidupan tersebut, anak-anak murid keluaran SKKW tidak akan terpedaya dengan hasutan dadah, rokok dan seumpamanya demi masa depan cerah yang diimpikan oleh keluarga dan diri sendiri. Tahniah kepada semua murid UPSR 2013 atas kejayaan dalam UPSR. Teruskan membenci DARIH dan Selamat Maju Jaya. 
* Laporan lanjut keputusan UPSR SKKW 2013 sila klik di sini, di sini dan di sini.
 5A's
4A's

Wednesday 13 November 2013

Guru dan kakitangan SKKW Benci Dadah

Di penghujung tahun 2013, sebahagian besar guru-guru dan kakitangan SKKW telah mengabadikan memori dengan satu iltizam - Kami Benci Dadah!
 SKKW Benci Dadah dulu, kini dan selamanya

PPDa @ HAC 2013

Kegemilangan Hari Anugerah Cemerlang (HAC) SKKW 2013 ditambah lagi dengan perkongsian maklumat dan kegembiraan dalam bidang PPDa. Guru Besar telah menyelitkan dalam ucapan beliau info tentang DARIH serta memaklumkan kejayaan terkini sekolah dalam pertandingan Bilik Sumber PPDa peringkat negeri Selangor bagi tahun 2013. Semoga ibu bapa akan lebih peka dengan usaha-usaha sekolah ke arah menerapkan maklumat berkaitan dadah, arak, inhalan, rokok dan HIV / Aids kepada anak-anak murid. Diharapkan keprihatinan ini akan mencetuskan dana dan sumbangan-sumbangan lain kepada sekolah dalam bentuk projek NGO, idea maupun bahan-bahan pendidikan. 
   Apapun tahniah kepada murid-murid yang telah menerima anugerah dan sijil semasa Hari Anugerah Cemerlang tersebut. Semoga terus maju. Berita lanjut tentang HAC 2013 sila klik di sini
 Ucapan GB turut mengandungi maklumat PPDa
 Tokoh Murid lelaki dan perempuan bersama ibu masing-masing, GB dan GPK1

Tuesday 12 November 2013

Anugerah PPDa 2012

Sebagaimana yang kita sedia maklum, SKKW telah memenangi Tempat Ke-2 dalam Pertandingan Bilik Sumber PPDa peringkat negeri Selangor bagi tahun lepas - 2012 (berita lanjut sila klik di sini). Majlis penyampaian anugerah telah diadakan pada 12.11.2013 di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah JPN Selangor; Tuan Mohd. Salleh bin Mohd Kassim.
   SKKW telah diwakili oleh Guru Besar; Pn. Rohaidah binti Mohd. Ali bagi menerima anugerah tersebut. Tahniah diucapkan kepada warga SKKW atas penganugerahan yang sangat berprestij itu. Insya Allah tahun depan SKKW akan sekali lagi menaiki pentas untuk menerima Anugerah Johan Bilik Sumber peringkat negeri Selangor bagi tahun 2013 pula. Diharapkan menjelang majlis tersebut, kita telah mendapat berita gembira dalam pertandingan peringkat kebangsaan yang akan kita wakili. Semoga Berjaya!!
 GB bersama Setiausaha PPDa - Pn. Che Ruzana
 Taklimat pegawai AADK
 
 
 Angka giliran
 
 Slot Unit PPDa KPM
 Pengacara majlis
 Ucapan perasmian Tuan Timbalan JPS - Tuan Mohd. Salleh bin Mohd. Kassim
 Persembahan boria PPDa
  GB SKKW menerima hadiah Naib Johan Bilik Sumber Sekolah Rendah Negeri Selangor 2012
 Gembira dan syukur
 Piala yang dimenangi
 Posing
 GB bersama Penyelia PPDa PPD Sepang; En. Zulfikri dan Tuan PPD Sepang; Tn. Hj. Mat Jah bin Roslan
Kenangan bersama GB SK Taman Seroja; Pn. Noredzan bersama mantan PPD Sepang; Tn. Hj. A. Rahman bin Ngit