Sunday 29 September 2013

Soal jawab tentang rokok


Mengapa tembakau dan merokok menjadi isu utama?

  • Tembakau adalah satu-satunya bahan pengguna yang dibenarkan di sisi undang-undang tetapi boleh mendatangkan ketagihan dan membunuh separuh dari penghisapnya
  • Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 bahan kimia beracun
  • Lebih kurang 63 dari bahan kimia tersebut boleh menyebabkan barah                             

Apakah jenis-jenis bahan merokok dari tembakau?

Merokok boleh dalam bentuk berikut :
  • Rokok
  • Cerut
  • Tembakau paip
  • Seesha       

Adakah terdapat data mengenai kesan merokok di Malaysia?

  • Lebih kurang 50% lelaki Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas perokok
  • Lebih kurang 20% remaja adalah perokok
  • 85 % remaja akhirnya menjadi ketagih kepada rokok
  • Dianggarkan 3,500 dari setiap 10,000 kematian setiap tahun di Malaysia adalah berkaitan dengan merokok

Apakah yang menyebabkan ketagihan rokok?

  • Rokok mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan seperti juga heroin dan kokain
  • Menghisap rokok berulang kali boleh menyebabkan ketagihan

Mengapa merokok merbahaya?

Merokok merbahaya kerana :
  • Tembakau mempunyai hubungkait yang rapat sebagai penyebab penyakit seperti barah dan penyakit jantung
  • Boleh terjebak dalam penyalahgunaan dadah

Bagaimana merokok itu membahayakan?

  • Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 jenis bahan kimia beracun
  • Lebih kurang 63 dari bahan kimia di atas boleh menyebabkan barah

Adakah kesan buruk merokok hanya tertumpu kepada perokok atau juga orang lain?

Ya, orang lain boleh menjadi perokok pasif secara tidak langsung jika :
  • Terhidu asap yang keluar dari perokok. Kesan yang tidak diingini adalah sama iaitu penyakit lelah, penyakit jantung dsb.

Apakah bahan kimia yang merbahaya dalam asap rokok?

Daripada 4000 bahan beracun dalam asap rokok, yang biasa dikenali adalah seperti berikut :
  • Tar (bahan untuk membuat jalan raya)
  • Ammonia (bahan dalam pencuci lantai)
  • Napthylamine (ubat gegat)
  • Arsenik (racun anai-anai)
  • Nicotine (bahan yang boleh mendatangkan ketagihan)
  • Kadmium (terdapat dalam bateri)
  • DDT (Ubat nyamuk)
  • Formaldehyde (untuk mengawet mayat)
  • Butane (gas yang boleh membunuh)
  • Methanol (Bahan pembakar untuk roket)
  • Hydrogen cyanide (racun)
  • Toluene (bahan pelarut)
  • Carbon Monoxide (gas beracun)

Apakah penyakit yang membawa maut dan dikaitkan dengan tabiat merokok?

  • Penyakit saluran pernafasan: lebih 10-20 kali ganda
  • Barah paru-paru: lebih 10-15 kali ganda
  • Barah payudara: lebih 11 kali ganda
  • Barah hidung dan tekak: lebih 5-15 kali ganda
  • Barah mulut: lebih 3-15 kali ganda
  • Barah saluran makanan : lebih 4-5 kali ganda
  • Sakit Jantung: lebih 1.5-3 kali ganda
  • Barah Buah Pinggang: lebih 1.5-3 kali ganda
  • Ulser Perut: lebih 2 kali ganda
  • Angin Ahmar: lebih 2-3 kali ganda

Adakah perokok pasif kurang bahaya?

Tidak, ianya lebih merbahaya kerana :
  • Berbanding dengan asap yang dihisap oleh perokok, asap yang disedut oleh perokok pasif mengandungi :
    • 2 kali ganda nikotin
    • 3 kali ganda tar
    • 5 kali ganda karbon monoksida
    • 50 kali ganda bahan kimia merbahaya

Adakah undang-undang dan peraturan berkaitan merokok?

Ya, adalah menjadi kesalahan jenayah bagi remaja untuk merokok, membeli rokok atau memiliki bahan yang dihasilkan dari tembakau.
Merokok adalah dilarang di tempat-tempat awam seperti berikut :
  • Sekolah
  • Hospital dan klinik
  • Bangunan-bangunan kerajaan
  • Lif
  • Kapalterbang

Bilakah merokok dianggap sebagai ketagihan?

  • Seseorang mengalami rasa tidak selesa dan ketagih untuk merokok apabila tidak merokok
  • Di antara tanda-tanda ketagihan adalah :
    • Tanda fizikal :
      • Gelisah
      • Menggeletar
      • Degupan jantung lebih laju
      • Pernafasan cetek / tidak dalam
    • Corak pemikiran :
      • Gian untuk menghisap rokok
      • Berasa risau, gelisah dan bimbang
      • Tidak boleh menumpukan perhatian
    • Corak Emosi :
      • Mudah marah
      • Mudah runsing
      • Rasa bimbang
      • Gelisah
    • Pola kelakuan :
      • Kehadiran ke sekolah merosot dan kurang disiplin
      • Tercicir dari sekolah
      • Perubahan sikap dan tingkah laku
      • Terlibat dalam kegiatan jenayah seperti mencuri untuk membiayai tabiat merokok

Bagaimana merokok mendatangkan kesan ke atas tubuh badan anda?

  • Mempunyai kedua-dua kesan jangka pendek dan jangka panjang
  • Bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok boleh merosakkan beberapa organ dalam tubuh badan kita.

Apakah kesan-kesan jangka pendek?

Otak Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnyaTelinga  - Mengurangkan kadar pengaliran darah boleh menyebabkan pekak

Mata -
Mata berair, radang mata yang boleh mengganggu daya penglihatan

Mulut  - 
Mengalami deria rasa yang tidak sedap pada bibir,lidah dan tekak
          - 
Nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut
             -  
Gigi menjadi kuning

Hidung -
Mengurangkan deria bau

Kulit 
Mengurangkan suhu badan, kulit muka cepat berkedut

Paru-paru -
Kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga untuk bersukan

Apakah kesan-kesan jangka panjang?

  • Barah (cth: paru-paru, payudara, mulut, tekak, dan usus)
  • Penyakit Jantung
  • Angin Ahmar / Strok
  • Penyakit paru-paru (cth: Penyakit lelah, bronkitis)
  • Penyakit mulut dan gusi
  • Ulser (perut, peptic)
  • Osteoporosis
  • Kemandulan (tidak boleh hamil)
  • Kurang bernafsu dalam perhubungan seks
  • Mati pucuk

Selain membahayakan kesihatan diri, apakah keburukan merokok yang lain?

Merokok juga boleh mencemarkan persekitaran
  • Puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh mencemarkan persekitaran seperti mengakibatkan longkang tersumbat yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes
  • Menyebabkan pencemaran udara
  • Perokok pasif (Menyedut / menghidu asap rokok dari orang lain yang merokok), juga boleh menyebabkan penyakit lelah di kalangan kanak-kanak
  • Menyumbang sebanyak 25% kepada kes kebakaran

Apakah baiknya berhenti merokok?

  • Pernafasan bertambah baik
  • Stamina meningkat
  • Lebih sihat
  • Lebih diterima oleh masyarakat
  • Mengurangkan bahaya merokok terhadap kesihatan
  • Melindungi orang lain dari bahaya merokok
  • Menjimatkan wang
  • Melindungi persekitaran

Mengapa susah untuk berhenti?

  • Nikotine dalam tembakau menyebabkan ketagihan
  • Kesan merokok yang menyeronokkan (cth: merasa lebih segar dan tidak mengantuk) adalah kesan serta merta tetapi tidak lama (lebih segar, degupan jantung bertambah)
  • Merasa letih dan murung apabila tidak merokok
  • Merasa gelisah dengan gejala gian yang lain
  • Mengatasi gian dan keinginan merokok

Bagaimana cara berhenti merokok?

  • Menyedari anda mepunyai masalah
  • Membuat keputusan.
  • Menetapkan tarikh berhenti merokok
  • Elakkan pengaruh untuk merokok
  • Minta bantuan dari rakan anda.
  • Cari aktiviti yang lebih baik untuk dilakukan
  • Rancang hari-hari tidak merokok anda
  • Bina keyakinan diri
  • Buat peringatan bertulis mengingatkan anda untuk berhenti merokok / diari berhenti merokok

Petua mengatasi keinginan merokok.

  • Tarik nafas panjang
  • Minum air
  • Membuat kerja lain
  • Mengunyah sesuatu (spt gula getah)
  • Mandi
  • Basuh tangan
  • Senaman ringan (cth: regangan)
  • Sembahyang / meditasi

Mengapa anda perlu berkata "Tidak"?

Adalah penting berkata "Tidak" kepada merokok sebelum ia menjadi tabiat atau menjadi ketagih

Bagaimana anda berkata tidak kepada merokok?

  • Jika semua rakan anda merokok dan anda tidak mahu seperti mereka, adalah susah untuk mengatakan "tidak", tetapi menjadi orang yang tidak merokok adalah hak anda.
  • Tiada seorang pun yang mahu disisihkan, tetapi kesihatan anda adalah lebih penting.
  • Strategi yang berlainan mungkin sesuai untuk orang yang berlainan.
  • Sesetengah orang merasa mudah menyatakan tidak tanpa memberi penjelasan. Orang lain pula berpendapat memberi penjelasan lebih baik (cth: "Saya tidak mahu merokok" atau "Pakcik saya mati disebabkan merokok")
  • Jika anda tidak selesa untuk berkata tidak kepada kawan-kawan anda, minta ibubapa anda atau orang dewasa lain membantu anda mengatakan tidak.
  • Mungkin seorang remaja boleh berkata "Bapa saya tidak membenarkan saya merokok" "Jurulatih bolasepak saya akan membuang saya daripada pasukan jika saya merokok".
  • Yang penting anda perlu bertegas bila berkata "tidak" tanpa melukai hati / perasaan orang lain.

Bagaimana anda bertegas diri?

  • Nyatakan pendirian anda. Beritahu mereka bahawa anda tidak berhajat untuk merokok.
  • Nyatakan alasan anda. Beritahu mereka alasan anda mengapa tidak merokok. (cth: merokok membahayakan kesihatan saya).
  • Saling memahami. Biarlah orang lain tahu yang anda memahami perasaan orang lain.

Bagaimana anda menyampaikan keputusan anda?

  • Gunakan kemahiran tanpa lisan yang betul (ekspresi muka, gaya badan dsb.)
  • Berikut beberapa panduan/petua untuk anda menjadi lebih tegas.
    • Kelantangan suara. Jangan berbisik atau bercakap tidak jelas. Bercakap dengan nada suara yang jelas dan meyakinkan.
    • Kontak mata. Jangan memandang ke tempat lain apabila bercakap dengan seseorang. Pandang terus ke mata seseorang semasa bercakap
    • Ekspresi muka . Pastikan ekspresi muka anda bersesuian dengan apa yang anda perkatakan.(contoh jangan senyum ketika anda hendak memberitahu yang anda marah).
    • Jarak. Tentukan jarak yang sesuai apabila anda bercakap dengan seseorang. (sebagai contoh, berada dijarak yang jauh jika anda hendak beredar atau berada dijarak yang dekat untuk menimbulkan kemesraan.

Bagaimana mengatakan "Tidak"? 

 

          Teknik          Contoh
  • "Tidak" yang mudah
  • "Tidak" atau "Tidak, terima kasih."
  • Beritahu yang benar
  • "Tidak, terima kasih, saya tidak merokok"
  • Beri alasan
  • "Tidak, terima kasih, saya perlu pergi segera ke tempat lain."
  • Menukar subjek perbualan
  • Katakan "tidak" dan teruskan bercakap perkara lain
  • "Tidak, terima kasih. Hey. Anda tengok perlawanan malam tadi tak?"

Banner PPKI Benci Dadah


Pohon Ilmu PPDa

Pohon yang digantung dengan Pantun Anti-Dadah ini diletakkan di tangga utama

Saturday 28 September 2013

PPDa @ Jogathon

Larian Amal Jogathon PIBG SK Kota Warisan telah diadakan pada 28.9.2013 (Sabtu) - rakaman lanjut sila klik di sini. Seperti biasa, maklumat PPDa telah disebarkan melalui ucapan Guru Besar serta banner yang dipegang oleh peserta-peserta larian sebelum mereka dilepaskan.
 Ucapan Guru Besar
 
 
 Murid-murid dilepaskan
 
 Kategori 40 tahun ke atas
 "PIBG SKKW Benci Dadah"

PPDa @ Kalam Jama'ie

Sebelum berangkat ke SM Vokasional Sepang untuk membuat persembahan dalam Mahrajan j-QAF peringkat Negeri Selangor, pasukan Kalam Jam'ie SKKW sempat memberikan aksi-aksi "Anti Dadah" mereka...

Friday 27 September 2013

Lawatan penanda aras

Pagi ini sekolah kami telah dilawati oleh pelawat yang terdiri daripada 3 orang pegawai AADK diketuai En. Mohd. Izahid, Penghulu Mukim Sepang merangkap Naib Pengerusi Pemadam Sepang; Tuan Muhamad Azaazrin bin Alias, pegawai PPDa PPD Sepang; En. Zulfikri serta guru-guru Penyelaras PPDa SK Taman Seroja dan SK Jenderam Hilir calon daerah Sepang untuk pertandingan minggu depan. Mohon maaf jika persiapan yang dapat kami tunjukkan barangkali sekitar 70% sahaja. 
   Sebelum melawat-lawat stesen, pelawat telah diberi taklimat di Bilik Pemulihan Khas. Bilik mesyuarat kami tidak dapat digunakan kerana Bilik Mesyuarat digunakan sebagai tempat Kursus KSSR B.Inggeris Tahun 4.
   Apapun terima kasih kepada pihak PPD yang telah mengambil inisiatif mengadakan lawatan ini kerana banyak perkongsian yang telah dapat dimanfaatkan bersama. Diharap kami akan mendapat serba sedikit bantuan daripada pihak AADK dan Pemadam walaupun masa  yang tinggal tidak beberapa hari saja lagi...

Operasi memasang banner

Terima kasih kepada pemuda harapan bangsa atas pemasangan banner ini

Wednesday 25 September 2013

Latihan koir PPDa


Pn. Adibah Abdullah sedang melatih pasukan koir yang akan membuat persemabahan semasa penilaian Bilik Sumber PPDa minggu depan

Tuesday 24 September 2013

PPDa @ Kuala Berang

Selaku Jurulatih Utama Koku Negeri Selangor, Pn. Mimi Hidayah Mohd. Adam yang juga merupakan GPK Kokurikulum SKKW telah bertugas mengurus program kokurikulum yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah dari seluruh Negeri Selangor di SMK Matang, Kuala Berang, Terengganu baru-baru ini. Ironinya, peserta-peserta program sangat memberi kerjasama untuk merakam amanat "Kami Benci Dadah" sepanjang program yang dijalankan hatta sampai di dalam air semasa acara snorkeling. Steady bro!!!!
Remaja Selangor Benci Dadah!

Saturday 21 September 2013

Demi PPDa

Dalam membuat persiapan memberi kesan halo dan pelbagai maklumat mengenai DARIH kepada anak-anak murid dan warga sekolah, pelbagai usaha telah diambil oleh para guru ke arah memenuhi tujuan tersebut. Bahkan ada yang seakan-akan memperjudikan keselamatan diri. Bagi Wak Jaman - pekerja swasta yang telah biasa dengan kerja-kerja kontrak, beliau langsung tidak mempunyai rasa takut untuk memanjat di atas bumbung sekolah untuk menampal banner yang telah disediakan oleh Cikgu Rohaizat. Usaha ini sangat berbaloi kerana hasilnya sangat menarik dan jelas di pandangan khalayak...