Wednesday 31 July 2013

Mencari Info Tentang DADAH

Pada hari Rabu 31 Julai murid - murid dari kelas 4R telah memasuki bilik sumber PPDa untuk mencari info dan maklumat berkaitan dadah. Murid -murid dibahagikan kepada 5 kumpulan di mana setiap kumpulan dikehendaki mencari info tentang DARIH iaitu Dadah,  Alkohol, Rokok, Inhalan dan HIV/AIDS. Maklumat yang mereka perolehi ini adalah berkaitan dengan silibus dalam subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Dengan hadirnya murid - murid ini ke bilik sumber PPDa ini diharapkan dapatlah mereka mengetahui tentang bahayanya DADAH.

Friday 26 July 2013

Sumbangan kedai buku

Terima kasih banyak buat pengusaha kedai buku SKKW yang telah bermuarah hati memberi sumbangan kepada sekolah bagi membuat persiapan menghadapi Pertandingan Bilik Sumber PPDa peringkat Negeri Selangor tahun ini. Sumbangan tersebut amat besar ertinya bagi kami. Ini akan memudahkan para guru dan murid menyiapkan sudut-sudut dan dokumentasi yang akan dinilai selepas Cuti Raya nanti. semoga kejayaan milik kita bersama.
 Terima kasih Pn. Nor
Bergambar bersama sijil dan piala yang dimenangi semasa pertandingan tahun lepas selaku Naib Johan Negeri di Bilik Sumber PPDa SKKW

Sudut teng-teng

 
 
In progress..

Monday 22 July 2013

Majlis Pelancaran Sahabat PPDa Sekolah Kebangsaan Kota Warisan

Pada hari Isnin 22 Julai 2013, telah berlangsung Majlis Pelancaran Sahabat PPDa anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SKKW semasa perhimpunan sekolah. Dengan adanya Sahabat PPDa ini segala makumat berkaitan dengan PPDa SKKW ini, segala maklumat berkaitan PPDa dapat disampaikan kepada warga SKKW serta para pelawat.
 Malisha Nursabrina - Ikon PPDa
 Shafie
 Atikah
 
 

Langkah Pertama

Pada hari Sabtu lepas (20.7.2013), Unit Permainan telah memulakan langkah yang pertama dengan mengecat lantai berhadapan bilik sumber PPDa dengan warna kuning. Di ruang tersebut Unit Permainan bercadang untuk membuat permainan teng teng. Ini langkah pertama yang di ambil oleh unit permainan untuk mengerakkan aktiviti PPDa ini. Diharap selepas ini banyak lagi perubahan yang akan dilakukan oleh unit-unit yang lain. Selamat berteng teng :-)

Sunday 21 July 2013

Peraduan Pantun Raya Anti Dadah


Assalamualaikum & Selamat Berpuasa....
Peraduan Pantun Raya Anti Dadah anjuran Unit Blog & Multimedia PPDa SK Kota Warisan dibuka untuk semua warga SK Kota Warisan.  Hadiah menarik menanti anda!!!