Friday 19 April 2013

Pelancaran Bilik Sumber PPDa 2013

Tahun ini Bilik Sumber PPDa SKKW berpindah lagi buat kali ketiga. Kali ini ia terletak di tingkat bawah Blok A iaitu bilik asal Pemulihan Khas. Keputusan bertukar tempat ini dibuat semasa Mesyuarat Exco Pengurusan SKKW. Semoga bilik sumber tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam memberikan pendidikan pencegahan dadah kepada murid-murid dan warga SKKW. 
   Lokasi baharu ini sangat strategik kerana berada di laluan utama murid-murid. Ia juga telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi menyuntik pelbagai inovasi ke arah mempelbagaikan kaedah penyampaian program PPDa sebagaimana yang disarankan oleh KPM.
   Hari ini bersamaan 19 April 2013, Bilik Sumber PPDa tersebut telah dirasmikan oleh Guru Besar SKKW. Bagai magik, bilik tersebut telah diolah oleh guru-guru praktikum dengan begitu menarik sekali. Terima kasih dan tahniah buat pasukan guru-guru pelatih dari IPGM Kampus Teknik dan IPGM Kampus Ilmu Khas atas usaha-saha dan kerjasama yang diberikan...
Gimik pelancaran - rokok gergasi
 
 Simbol popular di SKKW
 Jom bakar rokok gergasi
 
 
Terbakor sudah
 Ikon PPDa - Malisha Nursabrina bt. Mustapha Kamal
Bacaan ikrar oleh Sahabat PPDa
Sebahagian guru pelatih menerima sijil penghargaan dari GB
Bergambar kenangan dengan guru-guru praktikum
Lokasi baru Bilik Sumber PPDa
GB menulis nama dalam buku pelawat Bilik Sumber PPDa
Jom potong riben
Tahniah!
 
Jom tengok wayang
Bidasari PPDa
Sudut-sudut info
 Piala-piala dan sijil-sijil kejayaan PPDa SKKW
Jom masuk jail
Jangan pandang belakang
Orang-orang kuat di belakang tabir
Buat murid-murid SKKW : Selamat meneroka ke dunia PPDa
Generasi Benci Dadah Generasi Cemerlang!

Friday 12 April 2013

PPDa @ ERL & KLIA

Lawatan murid-murid, guru-guru serta PPM Pendidikan Khas bersama guru-guru praktikum ke KLIA dengan menaiki pengangkutan awam ERL / KLIA Transit...
 Di sekolah
Di stesen ERL Salak Tinggi
Tunggu tren
Masuk tren
Dalam tren
Tren yang kondusif
Masuk tiket
Naik eskalator
Guru, PPM Pendidikan Khas bersama guru-guru praktikum
Slogan "Kami Benci Dadah" bergema di KLIA