Wednesday 27 February 2013

PPDa @ Boling

Tahniah buat pasukan boling tenpin SKKW yang telah mendapat Tempat Ke-3 dalam Kejohanan Boling Tenpin MSSD Sepang (laporan lanjut sila klik di sini). Kejayaan ini membuktikan murid-murid SKKW sentiasa cergas dan aktif tanpa dadah.
Simbol keramat "Kami Benci Dadah"

Sunday 24 February 2013

Program Penanaman Sejuta Pokok Seluruh Negara AADK

3 orang murid Sekolah Kebangsaan Kota Warisan yang merupakan ahli Skuad PPDa SKKW bersama Guru PPDa telah menyertai Program Penanaman Sejuta Pokok Seluruh Negara Agensi Antidadah Kebangsaan  bertempat di Cure & Care Vokasional  Centre (CCVC) Sepang, Kota Warisan. 
   Selepas melapor diri, program diteruskan dengan taklimat oleh pihak penganjur.  Skuad PPDa SK Kota Warisan telah memilih Pokok Salam untuk ditanam di lokasi yang telah ditetapkan.
Melapor diri di pondok pengawal
Bekerjasama menanam Pokok Salam
Bergambar kenangan bersama peserta-peserta program

Friday 8 February 2013

PPDa @ Perarakan Maulidur Rasul

Murid-murid dan guru-guru telah mengadakan acara perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat SKKW tadi. Seperti biasa banner "Kami Benci Dadah" telah memeriahkan suasana...
GB bersama guru praktikum IPG Kampus Teknik
 Menunjukkan simbol ibu jari ke bawah yang popular itu
(Lagi berita sambutan Maulidur Rasul dalam blog SKKW di sini)

Thursday 7 February 2013

PPDa @ Ragbi MSSD

Di mana ada pasukan SKKW di situ ada mesej anti dadah dikemundangkan. Demikianlah juga semasa Kejohanan Ragbi MSSD Sepang yang diadakan di SKKW pada 5.2.2013 yang lalu.
Pasukan pelawat
Pasukan tuan rumah
 Pelbagai aksi
Sebelum perlawanan akhir - Kami Benci Dadah!
(Laporan lanjut dalam blog SKKW di sini)

Saturday 2 February 2013

PPDa @ AGM PIBG

Sempena Mesyuarat Agung PIBG SKKW kali ke-10, Unit PPDa telah menyediakan tapak pameran khas PPDa untuk memberikan maklumat tentang DARIH (dadah, arak, rokok, inhalan dan HIV / aids) khususnya kepada ibu bapa / penjaga yang hadir dalam mesyuarat tersebut. Diharapkan pameran ini dapat meninggalkan kesan halo yang lebih meluas lagi menyeluruh yang akan dibawa balik ke rumah masing-masing serta persekitaran setempat.
   Perasmi Mesyuarat Agung; Tuan PPD Sepang - Tn. Hj. Mat Jah bin Roslan telah sudi membuat lawatan hormat ke tapak pameran tersebut. Turut serta melawat pameran ialah Pegawai Kejuruteraan Bomba BBST - En. Rashid bin Hussin yang dijemput hadir untuk melancarkan perasmian van sumbangan pihak bomba kepada PIBG SKKW. Terima ksih kepada Tuan PPD, tuan pegawai bomba serta semua ibu bapa / penjaga yang sudi melawat pameran tersebut. Warga SKKW Benci Dadah dudlu, kini dan selamanya!
Skuad PPDa yang bertugas
Tuan PPD bertanya sesuatu kepada skuad PPDa
 Mantan YDP PIBG SKKW - Dr. Rushdan mengamati pameran
 Para VIP berbincang tentang masalah dadah masakini
 Bersama Guru Besar
 Tuan  PPD menulis nama di buku pelawat PPDa
Terima kasih tuan
Pegawai Kejuruteraan Bomba juga menurunkan nama
Thank you sir
 Para ibu berbangga dengan book mark PPDa yang diterima
(Laporan lanjut AGM PIBG dalam blog PIBG SKKW di sini)