Tuesday 29 January 2013

PPDa @ Merentas Desa

Murid-murid yang bebas dadah adalah murid-murid yang cerdas dan cergas jasmani dan rohaninya. Ini terbukti semasa acara Merentas Desa yang diadakan di SKKW pada 29.1.2013. Banner Anti Dadah mewarnai suasana kejohanan. Murid-murid, guru-guru dan ibu bapa SKKW sentiasa menjaga kesihatan fizikal dengan beriadah dan menjauhi najis dadah...
 Semasa acara senamrobik sebelum larian
 YDP PIBG melepaskan peserta perempuan
Kami Benci Dadah!

Saturday 19 January 2013

Pemimpin Muda Benci Dadah

Sesi fotografi pemimpin muda SKKW - bakal pemimpin yang sihat dan bencikan dadah
Pengawas
Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah
Pengawas Pusat Sumber (PSS)
 Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

Friday 11 January 2013

Tempat Kedua Negeri Selangor

Pagi tadi sekolah telah menerima sepucuk surat mengandungi Rumusan Skor Instrumen Pemantauan Bilik Sumber PPDa Sekolah Rendah Negeri Selangor 2012. Tahniah buat seluruh warga SKKW atas kejayan meraih Tempat Kedua dalam pertandingan yang telah diadakan pada bulan Oktober tahun lepas (klik di sini). Syukur kepada Yang Maha Esa atas kurniaan yang sangat bermakna ini. Sesungguhnya kejayaan ini teramatlah manis. Terasa hilang segala penat lelah selama mempersiapkan diri bagi menghadapi pertandingan tersebut. 
Rumusan skor
   Mengimbau perjalanan SKKW memasuki pertandingan PPDa ini ternyata agak menarik. Pada tahun 2011 ketika Bilik Sumber PPDa di tingkat 3, kami mendapat Tempat ke-3. Tahun lepas apabila Bilik Sumber PPDa dipindahkan ke tingkat 2, kami mendapat Tempat ke-2. Tahun ini bagaimana pula nasib kami, tak taulah. Tapi dalam mesyuarat pengurusan tahun lepas, kami telah membuat keputusan untuk memindahkan lagi Bilik Sumber PPDa ke tingkat bawah pula.
   Operasi bertukar tempat dengan Bilik Pemulihan Khas telah bermula sebelum cuti sekolah tahun lepas lagi. Kedua-dua bilik ini sedang rancak dikemas dan disusun bagi membolehkan ia beroperasi secepat mungkin. In sya Allah kalau dicalonkan sekali lagi mewakili daerah Sepang dalam Pertandingan Bilik Sumber PPDa tahun ini, besarlah hajat kami untuk mendapat tempat pertama pula seiring dengan lokasi di tingkat bawah yang sangat strategik.
   Namun melihat kepada rumusan skor, markah kami rendah pada Dimensi "Hubungan Luar" di mana elemen agensi luar agak kurang. Semoga seluruh warga SKKW akan memperbanyak dan mempelbagaikan lagi penglibatan dan kerjasama dengan agensi luar dan komuniti setempat dalam aktiviti unit masing-masing. Unit PPDa juga perlu memikirkan bagaimana untuk menggiatkan lagi hubungan luar ini di samping mengekal dan memperbaiki kekuatan-kekuatan yang ada sebagaimana rumusan skor.
   Kejayaan ini milik semua - murid-murid, guru-guru, para ibu bapa, PIBG dan semua pihak yang terlibat secara langsung maupun tidak langsung dalam persiapan menghadapi pertandingan tersebut tempoh hari. Sumbangan kalian dalam bentuk kewangan, idea dan tenaga amat kami hargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Semoga hubungan kerjasama yang terjalin ini akan berterusan sampai bila-bila. Dan apa yang paling penting, diharapkan mesej Benci Dadah ini akan menjadi amalan dan sentiasa melekat dalam hati murid-murid serta semua pihak. 
"Warga Bebas Dadah Warga Sejahtera"