Tuesday 21 August 2012

Dalam Kenangan - Cikgu Abu Bakar Bin Mustafa

Salam...
Dalam kemeriahan kita menyambut Aidilfitri, tanpa kita sedari, seorang daripada sahabat & rakan seperjuangan kita sedang bergelut dengan kesakitan & menanti saat-saat terakhir beliau untuk bertemua dengan Maha Pencipta, Allah SWT.  Lebih kurg pukul 3.00am tadi, dapat perkhabaran daripada Pengerusi Kelab Guru SKKW yang menyatakan bahawa sahabat kami Cikgu Abu Bakar telah kembali ke Rahmatullah. Sebelum tu, Guru Besar SKKW telah memaklumkan di Facebook bahawa Allahyarham telah dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Batu Pahat akibat jantung bengkak dan jangkitan kuman pada paru-paru.

Berita ini sangat mengejutkan & menyedihkan bagi kami warga SKKW.  Umumnya tahu Allahyarham seorang yang aktif terutamanya dalam bidang sukan & seringkali dinobatkan sebagai Guru Paling Aktif oleh murid-murid SK Kota Warisan.  Beliau juga seorang ayah yang baik.  Masih terngiang bagaimana beliau memujuk anaknya yang tidak mahu ke sekolah kerana ingin membeli kasut baru.  Beliau sangat sabar melayan karenah anaknya.

Beliau juga sangat banyak membantu dalam persediaan SKKW untuk Pertandingan Bilik Sumber PPDa.  Beliau merupakan AJK Unit Tapak Perhimpunan dan Banner untuk PPDa 2012. Segala usaha & jasa beliau akan sentiasa kami kenang.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan umatNYA yang beriman. 
Setiap yang bernyawa pasti akan mati, begitu jugalah dengan manusia tiada seorang pun boleh lari dari ajalnya yang telah ditetapkan oleh Allah Taala. AL-FATIHAH....




- aa -

Salam Lebaran

Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada kami warga PPDa SK Kota Warisan :)
Raikan Hari Raya kita tanpa DADAH!!!
Semoga sentiasa gembira & ceria di hari mulia ini :D 



-aa-

Wednesday 1 August 2012

Syawal Ceria Tanpa Alkohol


CAP kecam promosi arak sempena Aidilfitri

GEORGETOWN 31 Julai - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengecam tindakan pengurusan sebuah pusat beli-belah terkenal di bandar raya ini yang mempromosikan minuman keras sempena sambutan Aidilfitri.
Presidennya S.M Mohamed Idris berkata pihaknya kesal dengan pihak pengurusan pusat-beli belah itu kerana mempamerkan kira-kira 480 botol bir kosong di bawah kain rentang tertera "Syawal Ceria".
"Perkara ini jelas menunjukkan sikap tidak peka pihak tertentu yang tidak menghormati bulan Ramadan dan umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa.
Umum mengetahui bahawa Islam mengharamkan minuman keras.
"Kita tidak tahu apakah niat sebenar mereka mengadakan promosi minuman keras pada bulan mulia ini," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini, hari ini.
Mohamed Idris menggesa pihak berkuasa terutama Majlis Perbandaran Pulau Pinang agar menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melanggar syarat perlesenan penjualan minuman keras.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim gagal dihubungi Bernama bagi mendapatkan maklum balas mengenai isu berkenaan. - BERNAMA

Sumber: Utusan Online