Friday 28 October 2011

Bilik Sumber PPDA Baru!!!!

Dalam Mesyuarat Guru Ke-5 2011 tadi, Guru Besar SKKW, Pn. Hjh. Rohaidah telah memaklumkan bahawa Bilik Sumber PPDA akan dipindahkan dari tingkat 3 ke tingkat 2 untuk tahun 2012 nanti. Memandangkan tahun depan SKKW akan mempunyai 2 sesi persekolahan, jadi ada beberapa kelas akan dijadikan bilik-bilik khas termasuk kelas 4 Setia tahun ini yang akan dijadikan sebagai Bilik Sumber PPDA untuk tahun hadapan. Lebih besar, lebih selesa dan lebih banyak maklumat yang akan kita perolehi untuk tahun hadapan :D  Terima kasih GB :)

Bilik Sumber PPDA 2011

Kelas 4 Setia 2011


Sebelum 'make-over'....tungguuu....

Thursday 13 October 2011

Pemantauan Pertandingan Bilik Sumber PPDa peringkat Negeri Selangor 2011

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba.  Pagi tadi SKKW telah dikunjungi oleh pasukan pemantau untuk Pertandingan Bilik Sumber PPDa peringkat negeri.  Selepas bersarapan di kantin, pasukan pemantau yang diketuai oleh En. Ramli diiringi oleh pasukan berbasikal ke Laman Jauhari dan seterusnya melawat Lorong PPDa.  Kemudian pasukan pemantau dibawa ke Pondok PPDa.  Pasukan pemantau sangat teruja dengan keindahan Pondok PPDa ini dan yang paling uniknya, pondok ini serba serbi menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya.  Selepas itu, pasukan pemantau bergerak ke Surau SKKW dan kemudian terus ke Pusat Sumber untuk melihat Sudut PPDa yang berada di bilik tayang.  Lokasi seterusnya ialah lokasi yang paling utama iaitu Bilik Sumber PPDa.  Komen yang sangat positif daripada En. Mohd Noh menaikkan semangat semua warga SKKW.  Beliau berkata, untuk tahun pertama.. ini adalah sangat cemerlang.  Pasukan pemantau mencadangkan supaya Bilik Sumber PPDa diperbesarkan lagi.  Lokasi terakhir ialah di tempat letak kereta guru yang terdapat van jenazah serta model jenazah dan kubur sebelum bergerak ke Bilik Mesyuarat untuk tayangan 'slideshow' dan pemantauan fail-fail PPDa.

Terima kasih kepada pasukan pemantau atas komen-komen dan cadangan yang diberikan.  InsyaAllah kami akan terus berusaha untuk penambahbaikan.  Tahniah untuk semua guru yang berganding bahu, berkorban masa dan tenaga untuk menyempurnakan sekolah sempena pertandingan ini terutama untuk En. Rohaizat & Pn. Che Ruzana selaku guru PPDa SK Kota Warisan.  Semoga kita berjaya dalam pertandingan ini dan menjadi sekolah bebas dadah.  SKKW BENCI DADAH !!!




























Wednesday 12 October 2011

Lawatan PIBG ke Bilik Sumber PPDa

Malam semalam Bilik Sumber PPDa telah menerima kunjungan daripada AJK PIBG selepas mereka selesai bermesyuarat di SKKW.  Terima kasih yang tak terhingga kepada YDP PIBG; Dr. Norizhar Hj. Kadarman dan AJK PIBG yang sudi memberi sumbangan untuk program PPDa ini dan sudi menjenguk Bilik Sumber PPDa kami.



 

Tuesday 11 October 2011

Tinjau-tinjau Persiapan Terakhir

Jom kita tengok apa aktiviti guru-guru selepas tamat sesi persekolahan hari ni :)

Cikgu Azira yg baru habis cuti bersalin, teruja tengok rokok gergasi di Bilik Sumber PPDa

Murid-murid ber'posing' depan papan tanda baru

Bagus..bagus... Lepas ni pergi tengok poster dadah pulak ye

Orang kuat PPDa SKKW, Che Ruzana & kawan2 di bilik kaunseling

Team Ust. Azian untuk lorong PPDa... agak2 sapa yg tgh tolong mengetuk tu???

Taklimat Akhir Menjelang Pemantauan

Pagi tadi telah berlangsung taklimat akhir menjelang pemantauan Bilik Sumber PPDa pada hari Rabu ini.  Taklimat yang melibatkan para pentadbir SKKW dan juga ketua-ketua bahagian bermula pada pukul 10.30 pagi.  kami amat berbesar hati di atas kelapangan & kesudian En. Che Alwi Bin Che Sulaiman, Pegawai PPDa dari PPD Sepang untuk sama-sama hadir dan memberi tips-tips serta memberi semangat kepada guru-guru untuk pemantauan nanti.  Banyak yang telah dikongsi oleh En. Che Alwi tadi & InsyaAllah guru-guru SKKW akan mencuba sebaik mungkin dan berjuang hingga ke titisan keringat terakhir untuk menghadapi barisan pemantau yang khabarnya seramai 12 orang pada Rabu ini.





Terima kasih En. Che Alwi :)

REVOLUSI ANTI DADAH..

Sejak zaman berzaman najis dadah di'kuarantin' daripada menular dalam masyarakat kita. Revolusi Peperangan terhadap najis dadah diwar-warkan melalui pelbagai bentuk saluran media. Malah melalui lisan juga acap kita lafazkan..Namun mampukah kata-kata hikmat itu menjadi setajam sebilah pedang untuk 'memancung' pengaruh dadah? Nilailah dan fikirkanlah sejenak..

Justeru kartunis di dalam dan luar negara telah menghasilkan beberapa kartun dalam akhbar dan majalah untuk menekankan betapa dadah itu merbahaya kepada kita. Jom kita lihat beberapa karikatur yang direka oleh saluran media yang memerangi habis-habisan najis dadah..


Karikatur ini dihasilkan pada tahun 1980-an.

Manakala kartun komik ini dihasilkan pada lewat tahun 1990-an.
Peringatan ini pula dihasilkan pada awal tahun 2000.